Tik,Tok,Tik,Tok.. Kedengaran bunyi jam dinding di bilik 304 di Hospital Universiti Kebangsaan Malaya, Kuala Lumpur.. Aku melihat ke arah bunyi tersebut dan jam menunjukkan jam 4 pagi.. Dengan keadaan yang malas ditemani kesejukan malam, aku menggagahkan juga kakiku untuk ke bilik air untuk melepaskan segala hajat dan mengambil wudhu' bagi menyegarkan tubuh badanku. Inilah rutin harianku di sini sambil menemani sahabatku Johan yang sedang koma akibat tragedi kemalangan jalan raya yang berlaku sejak 5 hari yang lepas.. Sambil langkah longlaiku menuju ke bilik air, aku melihat wajah Johan yang tidur sentiasa tersenyum.. Seusai aku keluar dari bilik air tiba-tiba aku terdengar seseorang terbatuk-batuk..
Uhurgh..uhurghz..uhurgh,, somebody help me! help me! Heeellllpppppp ME! Uhurgh,Uhurgh,Uhurgh...
Aku melihat siapkah orangnya dan aku dapati orang yang terbatuk itu adalah Pakcik yang duduk bertentangan dengan Johan, Pak Cik Halim.. Dalam masa yang sama mesin electrocardiogram(ECG) di sebelah katil Johan berbunyi.. Tit,tit,tit,tit,tit,triiiiiiiiiiiit.. *compensatory pause* Aku segera menekan butang hijau yang berada di sebelah katil Johan untuk membuat isyarat kecemasan kepada para nurse yang bertugas pada pagi itu sambil menjerit Nurse,Doktor, Nurse, Doktor, Nuuuurse... tolong,tolong,tolong ,tolong kawan saya Johan.. Nurse, Doktor... tolonglah.. Dengan segera nurse dan doktor sampai sambil membawa defibrillating electroshock.. Aku lihat doktor itu meletakkan dua electrode yang lebar ke dada Johan dan diantara jantungnya. Aku terus meninggalkan Johan kepada Doktor dan aku bergegas ke Pak cik Halim untuk membantunya yang terbatuk-batuk..
electrocardiogram
(apa yang korang nampak sehingga min 1:53)
Pak cik Halim masih lagi terbatuk-batuk sambil memegang tekaknya.. Aku bertanya kat Pak Halim "Pak cik ok x? Pak cik ok x? dan Pak Halim dapat memberikan respons, masih lagi boleh bercakap, menangis, bernafas kadang-kadang bising, sukar, atau tercungap-cungap, masih lagi ada udara yang boleh masuk dalam mulutnya, batuk, atau membuat bunyi :berkokok", sangat gelisah atau cemas dan kulitnya berwarna pucat atau warna biru. Ini menunjukkan bahawa Pak Halim masih lagi dapat bernafas dan ini merupakan tanda bahawa ada sesuatu yang separuh tersangkut pada tekaknya dan aku perlu menunggu sehingga dia dapat mengeluarkannya..
Suasana itu berlaku selama 2 minit.. Tiba-tiba keadaan Pak Halim berubah.. Kedua-dua tangannya masih lagi memegang tekaknya, Pak halim juga tidak mampu untuk bercakap, tidak boleh bernafas dengan berkesa tanpa ada kesukaran, tidak ada pergerakan udara, tidak boleh batuk lagi secara berkesan macam tadi, bernafas bising, perubahan wrna kulit, bibir dan kukunya menjadi biru dan akhirnya hampir tidak dapat sedarkan diri.. Aku bertanya sekali lagi kepada Pak Halim adakah dia ok tetapi tiada maklum balas. Aku segera bertindak untuk memberikan pertolongan cemas kepada Pak halim kerana ini menunjukkan bahawa dia dalam keadaan yang kritikal..
Aku membongkokkan badan Pak halim untuk memberikan 5 "back blow" (pukulan di belakang menggunakan tumit tangan). Dengan menggunakan tumit tangan kananku aku membaca Bismillahirrahmanirrahim dan memberikan 5 pukulan secara paksa berasingan di antara tulang belikatnya. Pukulan ini dilakukan secara berasingan untuk mengeluarkan objek setiap kali pukulan dan lihat sama ada objek itu berjaya dikeluarkan ataupun tidak..
Setelah 5 kali pukulan(back blow) dilakukan, benda yang tersangkut itu masih lagi tidak dapat dikeluarkan. Aku terpaksa menggunakan satu cara lagi iaitu Abdominal Thrust @ Manuver Heimlich untuk mengeluarkannya. Cara ini diajarkan semasa aku berada di sekolah menengah lagi. Aku pergi ke belakangnya dan aku memeluknya sambil tangan kananku menunjukkan penumbuk dan meletakkannya berhampiran abdomennya dengan bahagian ibu jriku betul-betul berada diantara atas pusat dan bawah dada. Tangan kiriku pula menggenggam tangan kananku. Kemudian aku memberikan 5 Manuver Heimlich (abdominal Thrust) ke dalam dan keatas secara berasingan antara satu sama lain (tidak secara serentak). Aku terus lakukannya sehingga benda itu keluar. Setiap thrust yang aku buat, aku check untuk memastikan benda asing itu terkeluar. Sekiranya Pak Halim pengsan aku terpaksa memberhentikannya, dan andaikata tidak juga keluar aku kene lakukan 5 back blow & 5 thrust sehingga dapat dikeluarkan. Setelah objek itu dapat dikeluarkan, aku kene periksa pernafasan Pak Halim. Kebiasaannya setelah objek berjaya dikeluarkan, pernafasan seseorang itu akan kembali normal dan jika pernafasannya tidak normal kena buat cardiopulmonary resuscitation(CPR). *beza sekali bagi membantu chocking adult n chocking baby<klik sini kalau nak tahu bayi punya>
Abdominal Thrust/ Manuver Heimlich |
chocking adult- back blow @ abdominal thrust
Dalam masa yang sama aku kembali terdengar mesin electrocardiogram(ECG) berbunyi kembali..
Trit, trit, trit, trit, trit...
Aku segera berlari ke arah Doktor Imran dan Johan. Aku merasakan suatu keajaiban yang berlaku dihadapan mataku sendiri. Selama ini aku hanya melihatnya di kaca-kaca televisyen sahaja. Kemudian aku mendapatkan Doktor Imran untuk menanyakan dengan lebih lanjut bagaimana dia malakukannya. Mula-mula Doktor Imran agak keberatan untuk memberitahu tetapi setelah didesak dan menerangkan bahawa aku merupakan salah seorang pelajar Perubatan di Universiti Al-Azhar, Mesir, doktor pun beralah dan memulakan ceritanya. Antara penyakit yang boleh menyebabkan jantung berhenti mengepam darah ke seluruh badan adalah Ventricular Fibrillation yang menyebabkan polarization dan kadar pengepaman darah melebihi keadaan yang normal(75 beat/min) iaitu 350-500 beat/min. Kita memerlukan defibrillating electroshock untuk depolarization balik jantung tersebut. Kemudian tinggikan electric current sehingga 200 joules supaya dapat menghasilkan electroshock. Kemudian letakkan dua electrode itu diantara jantung manusia di bahagian dada. Current sebanyak 200 joules itu pergi ke jantung menyebabkan semua myocardial fibers depolarization serta merta. Kemudian graf pada mesin ECG akan kembali kepada normal sekiranya nyawa manusia dapat diselamatkan.
Jom tengok kalau nak tahu apa itu
Ventricular Fibrillation
Alhamdulillah, aku bersyukur kerana Johan masih lagi bernyawa dan dapat diselamatkan. Aku dapat rasakan bahawa Doktor Imran ketika itu mempunyai sesuatu yang istimewa yang perlu aku belajar daripadanya. Aku ucapkan terima kasih kepada Doktor Imran akan tetapi Doktor Imran menolaknya dan menyuruhku mengucapkan terima kasih dan bersyukur kepada Allah. Dia juga ada mengatakan bahwa yang menyembuhkan adalah dari Allah. Para doktor hanyalah perantaraanya. "Ya Allah, betapa tawadhu'nya Doktor Imran. Dia tidak berasa riak sekalipun walaupun dia merupakan seorang Doktor Pakar Jantung" kataku dalam hati. Doktor Imran juga menasihatiku agar belajar bersungguh-sungguh, jangan ponteng kelas, jangan banyak bunag masa dengan perkara yang tidak berfaedah semasa kamu berada di bumi Anbiya' sana. Gunakan peluang yang kamu ada disana untuk mendapatkan seberapa banyak mungkin ilmu yang boleh digali di sana. Jangan disebabkan kamu tidak belajar sungguh-sungguh dalam bidang Perubatan, kamu tidak mampu untuk merawat pesakit yang memerlukan bantuan kamu. Jangan sekali kita hanya mahukan title doktor tetapi tidak mampu untuk merawat jiwa,rohani dan jasmani pesakit. Doktor juga merupakan salah seorang pendakwah yang berkesan untuk merawat pesakit malah mampu untuk merawat jiwa-jiwa pesakit. Kemudian Doktor Imran berlalu pergi.
Aku terasa terpukul dengan kata-katanya dan kembali semula sedar bahawa Allah jua lah segala-galanya. Aku akan belajar bersungguh-sungguh demi menyelamatkan jiwa,raga,jasmani dan nyawa orang. Aku tidak mahu Title aku sebagai doktor tetapi tidak reti merawat disebabkan kegagalanku untuk belajar bersungguh-sungguh. Aku terus sujud syukur kepada Ilahi kerana telah menyelamatkan sahabatku,berjumpa dengan Doktor Imran yang tawadhu' dan menyedarkanku akan hakikat sebenar kehidupan..
*Nota Tambahan:
Sekiranya anda yang tercekik,ikuti langkah yang berikut
1)Buat genggamnan. Letakkannya di atas abdomen anda betul-betul di atas pusat anda.
2) Pegang genggaman itu dengan tangan anda yang lagi satu
3) Merapatkan kerusi,meja, kaunter, atau benda pejal yang lain
4) Memandu penumbuk ke dalam dan ke atas seperti yang dinyatakan di atas
5) Ulangi sehingga objek dikeluarkan
Heimlich Manuver untuk diri sendiri
Sekiranya wanita yang mengandung:
1)Meletakkan tangan anda lebih tinggi daripada diatas. Kedudukan yang betul adalah meletakkan tangan ke tulang dada atas joint tulang rusuk yang paling rendah
2) Tekan dengan kuat ke dada dengan pantas seperti yang diceritakan di atas.
Nak Lihat video <klik sini>
No comments:
Post a Comment