Kilat lebih kita kenali sebagai cahaya yang berpancaran di langit. Kilat akan diikuti dengan guruh(bunyi), petir.. Anda tahu bagaimana jika ribut petir semakin hampir, dan tiba-tiba terendengar bunyi guruh yang memekakkan. Whoa, bunyinya yang menakutkan bukan. Tetapi sejauh manakh jarak kilat yang kita lihat? Ia adalah sukar untuk menentukan jarak pancaran kilat dengan hanya melihatnya sahaja, dan bunyi guruh bukanlah satu cara untuk mengetahuinya. Bacaan yang mudah, berpotensi untuk menyelamatkan nyawa yang boleh kita digunakan untuk menganggarkan berapa jauh kilat daripada kita.
Pertama ~ tengok pada langit untuk pancaran cahaya kilat
Kedua ~ Kira bilangan saat sehingga mendengar bunyi guruh - Jika ada jam tangan atau jam tangan digital yang mempunyai saat, memulakan masa sebaik sahaja anda telah melihat pancaran kilat tersebut dan berhenti sebaik sahaja anda mendengar permulaan guruh. Jika tiada jam pada ketika itu, cara yang terbaik untuk mengira dalam saat secara tepat adalah dengan cara mengira "satu ribu satu, satu ribu dua, satu ribu tiga..." dalam minda untuk setiap saat.
Ketiga ~ Bahagikan bilangan saat dengan 5 untuk mengira jarak kilat dalam batu(atau bahagi 3 untuk kira dalam kilometer). Dalam erti kata lain jika kita kira dalam 18 saat daripada kita lihat kilat, maka jaraknya adalah 3.6 batu @ 6 kilometer dari lokasi yang kita kira. Kelewatan di antara kita melihat kilat dan apabila kita mendengar guruh berlaku kerana bunyi bergerak di dalam udara lebih perlahan daripad cahaya. Bunyi bergerak melalui udara kira-kira 1100-1200 kaki (330-350 meter) sesaat (bergantung kepada ketinggian, kelembapan, tekanan dll), yang merupakan satu batu lebih sedikit daripada satu per lima saat (satu kilometer setiap tiga saat). Sebagai perbandingan, kelajuan cahaya 983571058 kaki (299.792.458 meter) sesaat.<sumber>
Keempat ~ Cara Alternatif. Walaupun kilat tersangat cepat kita boleh kira dengan mendarabkan jumlah saat yang kita kira dengan 340 untuk kira yang lebih tepat dalam meter (340 hampir tepat kepada kecepatan bunyi dalam m/sdan cahaya dalam kiraan magnitud adalah 10^8 m/s. Jadi ia tidak menjejaskan anggaran kiraan kita) Sebagai contoh : 18 saat x 340 = 6120m dan kira-kira ini membawa ke lebih tepat berbanding 18/3 = 6 km (dari cara tadi)
Tips
- Jika banyak kilat berlaku berdekatan antara satu sama lain, ia mungkin sukar untuk menganggarkan berapa jauh dari kilat yang akan muncul, keran ia akan sukar untuk mengetahui guruh yang datang kepunyaan kilat yang mana satu. Dalam kes ini,kita akan perlu untuk terus mencuba langkah-langkah di atas sehingga kita akhirnya boleh yakin bahawa hentaman yang diberikan hasil kilat yang diberikan. Tentu saja, jika keselamatan yang diutamakn, mula menghitung dari kilat terakhir yang anda lihat. Dengan cara ini ia tidak akan kira kilat yang dekat atau yang jauh, kita akan tahu sejauh manakah kilat yang paling dekat tanpa mengendahkan cahaya yang mana satu atau betapa terangnya cahaya dengan syarat tiada sebarang kilat lain yang berkelip mengganggu kiraaan kita.
- Jika kita berada dalam suasana yang bising(cth di bandar-bandar yang sibuk, tempat pembinaan), kita tidak akan dapat mengenal pasti bila guruh bermula,jika kita dapat mendengar sama sekali
- Bunyi bergerak melalui udara pada kelajuan sedikirt berbeza bergantung kepada kelembapan udara dan suhu udara. Perbezaannya adalah sedikit. Walaubagaimanapun, ia tidak menjejaskan pengiraaan kita.
- Jika kita ada peta dan kompas, cuba plot lokasi setiap kilat dengan melukis garis pada peta ke arah kilat, buat pangkah pada jarak yang dikira sepanjang garis ini.
- Jika terperangkap di dalam atau di rumah semasa angin ribut, ini adalah cara yang menarik untuk menghiburkan diri untuk sementara waktu.
- Jika ada kanak-kanak kecil yang takut disekitar kita, kira berapa jauh dan beritahu mereka. Ini akan membantu meredakan ketakutan mereka dan mereka akan bertanya bagaimana kita melakukannya. Inilah masa yang terbaik untuk mengajar mereka.
Kilat di Toronto
AMARAN!!!
- Ini bukannya satu latihan untuk dilaksanakan diluar ketika kilat menyambar. Jika ada kilat di sekeliling, dapatkan perlindungan dengan segera.
- Kilat boleh menyebabkan kematian. Pengiraan ini boleh membantu kita menjauhi bahaya, tetapi hanya jika kita ambil tindakan apabila kilat berhampiran
- Ribut boleh bergerak dengan sangat pantas, dan kilat kerap menyerang sehingga 10 batu dari ribut (sekali-sekala sehingga 50 batu). Oleh itu, walaupun kita menentukan bahawa kilat yang agak jauh, kita perlu juga mencari perlindungan.
- Disebabkan perjalanan bunyi dan pelbagai objek, seperti gunung dan bangunan, berinteraksi dengan soundwave ini bukan cara yang paling boleh dipercayai untuk meramalkan jarak kilat. Jangan biarkan hidup kita hanya bergantung kepadanya. Dengar kepada pihak berkuasa cuaca tempatan.
Kebiasaanya kilat berlaku sekali dengan hujan. Musim tengkujuh pun belum tiba lagi. Jadi sebagai langkah persediaan (sebenarnya terlalu awal kan) kita boleh lah try guna cara nak kira jarak kilat. betul x. tapi kita perlu ingat, jangan mengharapkan juga pada pengiraan ni. Langkah-langkah keselamatan perlu diambil juga. k la, dah lewat malam dah ni.. nak tido dulu. dah ngantok. kita jumpa lagi di lain masa. k bye.. Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment