U R BORED AND WANT CHANGE BACKGROUND COLOUR

Jihad bebaskan Palestin

Saturday, 30 June 2012

BUKTI KASIH SAYANG NABI KEPADA SAHABAT- SAHABATNYA


ANTARA pengajaran yang terpenting dalam perang al-Ahzab ialah mengenai sahsiah Rasulullah s.a.w. memperlihatkan betapa unggul kasih sayang baginda terhadap para sahabatnya. Ia dapat dilihat dengan jelas, atas kesungguhan baginda melakukan kerja-kerja berat ketika membuat persiapan menghadapi perang al-Ahzab. Baginda tidak sekadar mengarahkan para sahabat menggali parit (khandaq), tetapi baginda turut bertungkus-lumus bekerjasama memecahkan bongkah batu besar yang menghalang pembinaan benteng pertahanan. Baginda turut memunggah tanah dan batu-batu yang berat, menyebabkan seluruh fizikal merasai sakit, terasa pedih hingga ke pangkal hati baginda.

          Rasa pedih di pangkal hati itu bukan hanya akibat kerja berat, tetapi kerana baginda ketika melakukan kerja-kerja berat itu baginda berada dalam keadaan yang terlalu lapar. Namun baginda tetap melakukannya bersama-sama para sahabat, tanpa menghiraukan rasa lapar yang dihadapi. Baginda sedar para sahabat juga berada dalam keadaan yang lapar, kerana masing-masing tidak mempunyai bekalan makanan yang mencukupi. Oleh kerana perasaaan kasih sayang Rasulullah s.a.w. kepada sahabat- sahabatnya, baginda tidak rela dan tidak sampai hati membiarkan mereka melakukan kerja-kerja berat membina khandaq tanpa memberikan kerjasama. Justeru baginda turut bekerja keras seiring dengan para sahabat, berat dipikul dengan penuh semangat. Untuk mengurangkan kepedihan akibat rasa lapar, Rasulullah s.a.w. mengambil beberapa ketul batu, kemudian dibalut dengan kain dan mengikat ketat pada perutnya. Baginda berbuat begitu selain untuk mengurangkan rasa lapar, juga untuk mengelakkan daripada kecederaan akibat bekerja berat dalam keadaan perut kosong.

          Apakah yang yang menyebabkan Rasulullah s.a.w. sanggup melakukan kerja-kerja berat bersama-sama para sahabat dalam keadaan terlalu lapar? Adakah ia didorong keinginan mencari pengaruh di kalangan orang ramai,bagi mengekalakan kedudukan dan kepentigan duniawi?

          Tidak mungkin seorang nabi yang diasuh oleh Allah s.w.t. secara langsung, memiliki sifat-sifat rendah budi seperti itu. Ia sangat bercanggah dengan tanggungjawab kenabian dan kerasulan yang dipikulnya. Tanggungjawab itu memerlukan seseorang yang berjiwa besar, murni dan berakhlak mulia. Serakus sekali manapun manusia memburu kepentingan, namun mereka tidak sanggup mengalas perut dengan batu bagi menahan lapar. Ramai manusia yang iingin mengejar sesuatu kepentingan, tetapi mereka akan memilih cara yang mudah.

          Jika manusia pemburu duniawi sendiri pun tidak sanggup melakukan tindakan sedemikian rupa, maka jauh sekali kepada Raasulullah s.a.w. yang seluruh gerak-gerinya bertunjangkan akidah murni. Segalanya dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. berpunca daripada tanggungjawab sebagai seorang Rasul untuk menyempurnakan amanah, bagi menyampaikan risalah Allah s.w.t. kepada masyarakat manusia seluruhnya. WALLAHUA’LAM.

No comments:

Post a Comment

Anda Mungkin juga berminat dengan yang ini

get this widget here