U R BORED AND WANT CHANGE BACKGROUND COLOUR

Jihad bebaskan Palestin

Wednesday, 14 March 2012

REALITI UMAT ISLAM MASA KINI- ABU ALA MAUDUDI

16 May 2006 by
HOW MUSLIMS TREAT THE QUR’AN
Brothers in Islam
Hari ini kita sebagai umat Islam di dunia amat bernasib baik kerana masih mempunyai ayat-ayat Allah dalam keadaan yang asli, bebas dari tokok tambah dan merupakan ayat-ayat yang sama sepertimana yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Tetapi keadaan yang berlaku sekarang adalah terbalik di mana org Islam terseksa dan tidak diberi nikmat dan rahmat yang melimpah ruah yang sepatutnya diberikan kepada sesiapa yang beriman.Al-Quran diturunkan untuk mereka membaca, memahami dan beramal dengannya dan dengan itu dapat menegakkan hukum Tuhan di atas bumi ini.Al-Quran datang untuk memberi mereka kuasa dan maruah.Al-Quran datang untuk menjadikan org Islam khalifah di muka bumi.Dan sejarah telah membuktikan bahawa Islam pernah memerintah dunia apabila Al-Quran dijadikan panduan hidup sepenuhnya. 
Pengabaian dan penyalahgunaan
 Tapi bagi kebanyakan org Islam sekarang, mereka menyimpan Al-Quran di rumah-rumah mereka untuk menghalau jin dan hantu, ataupun menulis ayat-ayatnya untuk digantung di leher, membasuh keratan ayat Al-Quran kemudian meminumnya dan hanya membaca tanpa memahami isi kandungan semata-mata untuk mendapat pahala.Dan mereka tidak menjadikan Al-Quran sebagai pegangan dalam hidup sehari-harian. Tidak sekali-kali mereka mengkaji ayat-ayatnya untuk membimbing mereka apa yang patut menjadi kepercayaan mereka, moral, amal dan bagaimana untuk mengendalikan sesuatu pekerjaan dan prinsip-prinsip dalam berurusan dengan musuh mahupun kawan. Mereka tidak mengikut ayat-ayat Al-Quran dalam menentukan hak-hak org lain dan juga diri sendiri. Dan mereka tidak cenderung untuk mengambil tahu apakah itu kebenaran dan kebatilan, kepada siapa yang patut mereka patuh ataupun ingkar, siapa kawan dan siapa musuh, dimana kemuliaan, keuntungan, serta dimana kehinaan, kerugian dan kehilangan.
 Kita umat Islam telah berputus asa untuk mencari soalan-soalan yang penting tersebut di dalam Al-Quran.Dan sebaliknya, kita sekarang bertanya kepada org Kafir, orang-orang sesat, mementingkan diri malah mengikut kemahuan dan ego kita sendiri dalam memutuskan sesuatu perkara. Dan hasil daripada pengabaian kepada Al-Quran dapat dilihat di depan mata sepertimana apa yang berlaku di Palestin, Timur Tengah, Pakistan, Indonesia dan lain-lain tempat.
 Al-Quran adalah sumber setiap kebaikan, ia akan memberi apa sahaja dan banyak mana yang kita mahu. Jika kita mengambil Al-Quran semata-mata untuk perkara remeh temeh seperti menghalau jin dan hantu, menghilangkan demam, mencari pekerjaan,- Nah, anda akan memperolehinya, tetapi tidak lebih dari itu. Samalah jika anda mengambil Al-Quran untuk mencari keunggulan di dunia dan kekuasaan untuk memerintah dunia, tidak mustahil anda akan memperolehinya.Dan jika anda mahu untuk mendekati Arsy Allah, Al-Quran akan membawa anda kepadanya. Jika kita hanya mendapat beberapa titik air dari laut, jangan salahkan al-Quran, salahkan diri kita sendiri. Lautan yang terbentang luas sedang menanti sesiapa yang tahu bagaimana untuk mengambilnya.
 Memang telah menjadi lumrah untuk kita semua melabelkan orang yang bertindak di luar tabiat semulajadi sebagai gila, tak masuk akal, dan kadang-kadang menjadi bahan gelak ketawa.
 Beritahu saya, apa respond kita jika seseorang pesakit itu mendapat prescription doktor tetapi menggantung di leher selepas membalutnya dengan sehelai kain atau membasuh dengan air kemudian meminumnya?Tidakkah anda akan ketawa terbahak-bahak dan memanggilnya bodoh?Tetapi apabila kita memperlakukan sedemikian dengan prescription yang ditulis oleh doktor yang paling hebat untuk merawat segala penyakit- tiada siapa pun yang tergelak!
 Beritahu saya, apakah pendapat anda jika seseorang yang sakit mengambil buku berkaitan ubat-ubatan dan mula membacanya, percaya dan menyangka bahawa dengan cara itu penyakitnya boleh elok? Tidakkah anda berkata dia tak betul? Pada hakikatnya inilah yang kita lakukan terhadap Kitab yang diturunkan oleh Penyembuh yang Maha Hebat untuk merawat ‘penyakit’ yang sedang kita hadapi.–dan tiada siapa pun yang tergelak!… Kita fikir dengan menyelak helaian-helaian Kitab Al-Quran, ‘penyakit’ kita akan hilang tanpa mengikuti arahan dan perintah yang disuruh di dalamnya mahupun menjauhkan diri daripada perkara yang dilarang. Tidakkah kita rasa kita berada dalam keadaan yang sama dengan orang yang membaca buku-buku perubatan itu dgn tujuan menyembuhkan penyakitnya?- dan tiada
Jika anda menerima satu bisnes letter dalam bahasa yang tidak difahami, anda akan mencari seseorang yang tahu bahasa tersebut untuk mengetahui isi kandungan surat tersebut. Anda akan gelisah dan tak senang duduk sehinggalah isi kandungan itu diketahui anda, walaupun ia hanya memberi keuntungan dunia yang sedikit. Tetapi surat yang dikirim oleh Penguasa alam ini kepada anda dimana isi kandungannya membawa kepada keuntungan di dunia dan akhirat- anda menghiraukannya begitu sahaja. Anda tidak berasa gelisah dan berasa rileks walaupun tidak memahami isi kandungannya. Tidakkah ini pelik??
 Saya bukan hendak buat anda tergelak. Tetapi cuba perhatikan hakikat ini dan hati anda akan memberitahu diri anda betapa ketidak-adilan telah banyak berlaku terhadap Kitab Allah.
 Kesan dan akibatnya
 Memahami sepenuhnya ayat-ayat Allah tidak mendatangkan kesusahan, penghinaan dan penyeksaan kepada manusia.
“Kami tidak menurunkan Al-Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah”
 (Thaahaa:2)
 Sebaliknya, Al-Quran adalah sumber kebahagiaan dan kejayaan.Adalah sesuatu yang mustahil apabila manusia memiliki ayat-ayat Tuhan tetapi terseksa, dihina hidup dalam penindasan, kekalahan dan disepak disana disini, dijadikan hamba ataupun diikat di hidung mengikut telunjuk barat seperti binatang. Orang seperti ini hanyalah orang yang berlaku tidak adil terhadap ayat-ayat Allah.
 Lihat nasib kaum Israel. Mereka diberi Kitab Taurat dan Injil, dan diberitahu:
 “Dan sekiranya mereka sungguh-sungguh menjalankan (hukum) Taurat, Injil dan (Al-Quran) yang diturunkan kepada mereka dari Tuhannya, nescaya mereka akan mendapat makanan dari atas dan dari bawah kaki mereka “(Al-Ma’idah:66)
 Tetapi mereka berlaku tidak adil terhadap kitab-kitab yang diberi, lalu diberi balasan:
“Lalu ditimpakanlah kepada mereka nista dan kehinaan, serta mereka mendapat kemurkaan Allah. Hal itu (terjadi) kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi yang memang tidak dibenarkan. Demikianlah itu (terjadi) kerana mereka selalu berbuat durhaka dan melampaui batas.” (Al-Baqarah:61)
Jika manusia memiliki Kitab Allah tetapi masih hidup dalam kehinaan dan penindasan, mereka sebenarnya dihukum kerana tidak berlaku adil terhadap perkataan-perkataan Allah. Cara untuk menyelamatkan diri anda dari kemurkaan Tuhan hanyalah dengan berpaling dari dosa besar ini dan mula kembali kepada ajaran Kitab Allah. Selagi tidak berubah, keadaan anda tidak akan berubah, walaupun anda membuka kolej di setiap kampung, semua anak-anak anda graduate dari universiti atau anda memperolehi duit berjuta-juta melalui cara yang salah.
 Tiada Islam tanpa tunduk kepada Al-Quran
 Saudaraku! Dua perkara penting umat Islam perlu tahu untuk berlaku adil kepada Kitab Allah adalah: Siapakah sebenarnya Muslim dan apa maksud “Muslim” itu sendiri.
Manusia yang tidak mengerti apakah kemanusiaan itu dan perbezaan antara manusia dan binatang tidak akan terlepas dari berperangai yang tidak menggambarkan manusia dan akan melakukan benda-benda yang tiada nilai dari segi kemanusiaan. Samalah, orang yang tidak tahu makna sebenar menjadi seorang Muslim dan bagaimana bezanya Muslim itu dengan non-Muslim akan meniru cara hidup non-Muslim dan tidak mencerminkan diri sebagai seorang Muslim.
 Setiap orang Islam, tua dan muda, perlu tahu apakah yang dimaksudkan dengan menjadi Muslim, apa bezanya menjadi Muslim di sisi hidupnya, apakah tanggungjawab yang dipikulnya dan apakah batasan yang ditentukan Islam untuk seseorang itu tetap menjadi Muslim.
 Islam bermaksud tunduk dan patuh kepada Tuhan. Untuk mengabdikan diri anda seluruhnya kepada Allah adalah Islam. Untuk menyerah segala kehendak kebebasan dan mengikut perintah Allah adalah Islam. Jika anda membawa semua urusan kehidupan anda kepada Tuhan, anda adalah Muslims dan menyerahkan apa-apa urusan kepada diri sendiri atau orang lain selain Allah, anda bukan lah orang Islam.
 Menyerahkan segala urusan anda kepada Tuhan bermakna menerima perintah-perintah yang diturunkan oleh Tuhan melalui Kitab-Nya dan Rasul-Nya. Jadi ia adalah wajib untuk mengikuti Al-Quran dan Sunnah Rasul sahaja. Orang Islam tidak mengikuti kekuasaan selain Allah, tidak kira apa alasan atau adat sekali pun. Dalam apa-apa hal mereka meminta petunjuk dari Tuhan dan Rasul-Nya untuk mengetahui apa yang patut dilakukan dan apa yang patut ditinggalkan. Mereka menerima tanpa ragu-ragu apa sahaja petunjuk yang mereka dapat di situ dan menolak apa sahaja yang bertentangan dengannya.
 Penyerahan diri seperti itulah yang membuatkan diri anda seorang Muslim.Di sebaliknya, orang yang tidak mengikuti Al-Quran dan Sunnah Rasul, tunduk pada kehendak nafsu dan keadaan, meniru cara hidup nenek moyang mereka,menerima apa yang berlaku di sekitarnya dan langsung tidak menjadikan Al-Quran  dan Sunnah sumber rujukan untuk menjalani kehidupan mereka atau menolak pengajaran Al-Quran dan Sunnah dengan berkata: “Semua itu tidak sesuai dengan keadaan saya” atau “Ia bertentangan dengan amalan datuk nenek saya” ataupun “Dunia sekarang sudah berubah dengan peredaran zaman”. Mereka itu adalah penipu jika mereka memanggil diri mereka Muslim.
Semasa anda mengucap Kalimah: “La ilaha illa llah Muhammadu ‘rasulu’ ‘llah”, dengan ini anda mengaku bahawa satu-satunya hukum yang anda terima adalah hukum Allah, hanya Allah penguasa anda, hanya kepada Allah anda patuh, dan apa yang ada pada Kitab Allah dan Rasul-Nya adalah benar belaka.
 Jadi, anda tidak mempunyai hak sama sekali untuk mengatakan “Pendapat saya adalah ini, budaya adalah begini, tradisi keluarga berbuat begitu dan orang alim berkata itu ini”. Anda tidak boleh mempertikaikan hal tersebut di hadapan ayat-ayat Allah dan Sunnah Rasul-Nya. Anda mesti menentukan sesuatu di bawah bayangan AL-Quran dan Sunnah, menerima kepastian darinya dan menolak apa yang bertentangan dengannya, tanpa mengambil kira orang yang tidak suka dengannya. Ia adalah sesuatu yang mustahil untuk anda mengaku Muslim tetapi tetap mengikut pendapat anda sendiri atau budaya masyarakat atau cakap orang lain atau pebuatan yang bertentangan dengan Al-Quran dan Sunnah. Samalah, seperti seorang yang buta mengaku dia boleh melihat dengan mata, orang pekak mengaku mempunyai telinga yang sempurna dan begitulah halnya terjadi kepada orang yang tidak menyerahkan jiwa raga sepenuhnya kepada Al-Quran dan Sunnah tidak boleh memanggil dirinya Muslim.
Anda bebas untuk menganut agama yang anda mahu dan memakai nama yang anda suka. Tetapi, sebaik sahaja anda memanggil diri anda Muslim, anda mesti faham bahawa anda akan tetap Muslim selagi anda berada dalam lingkungan Islam itu sendiri. Lingkungan itu adalah: Untuk menerima ayat-ayat Allah dan Sunnah Rasul-Nya sebagai kebenaran dan keadilan terunggul dan apa-apa yang menentangnya adalah salah. Jika anda berada dalam lingkungan ini, anda akan tetap Muslim tetapi bila anda melanggar batas sempadannya, anda tidak layak bergelar orang Islam. Dalam keadaan ini, jika anda mengaku beragama Islam, sebenarnya anda sedang menipu diri sendiri dan orang lain.
“Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir” (Al-Ma’idah:44)



“Let Us Be Muslims” by Sayyid Abul A’la Mawdudi

No comments:

Post a Comment

Anda Mungkin juga berminat dengan yang ini

get this widget here