U R BORED AND WANT CHANGE BACKGROUND COLOUR

Jihad bebaskan Palestin

Saturday, 3 March 2012

MENUJU KETAQWAAN, ABDULLAH NASIHIH ULWAN

Takrif  Takwa
·         Syed Qutb: halus rasa dalam tindakan, keheningan pada perasaan, ketakutan yang berterusan, kesentiasaan dalam waspada dan pemeliharaan diri dari ranjau-ranjau jalan kehidupan.


Takwa : (8;29) (65;2&3) (57;28)
·         Menjadi furqan
·         Jalan keluar dari kesusahan
·         Allah jadikan cahaya


Jalan Menuju Ketakwaan

1.      Mu’ahadah (perjanjian)
·         Iltizam pada janji
·         (16;91)
“Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah membatalkan sumpah-sumpahmu itu, sesudah kamu meneguhkannya, sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai saksimu (terhadap sumpah-sumpah itu). Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu perbuat.”
·         (1;5-7)
“Hanya kepada Engkau kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.....”
·         Melalui perjanjian kamu beristiqamah di atas syariat Allah.


2.      Muraqabah (ihsan)
·         (26;218)
“(Allah) Yang melihatmu semasa engkau berdiri (mengerjakan) sembahyang dan (melihat) gerak gerimu di antara orang-orang yang sujud.”
·         “Bahawasanya engkau menyembah Allah seakan-akan engkau melihat-Nya, maka jika engkau tidak melihat-Nya maka sesungguhnya Ia melihat engkau.”                              (Hadis riwayat Muslim)
·         Al Imam Hassan Al-Basri telah berkata: “Allah merahmati seorang hamba yang melakukan sesuatu berdasarkan niatnya, sekiranya (niat tersebut) semata-mata kerana Allah ia akan melakukan hal tersebut, akan tetapi sekiranya untuk selain daripada Allah ia akan meninggalkannya.”
 ·         Jenis muraqabah kepada Allah:
1.      Muraqabah ketika melakukan ketaatan iaitu dengan melakukan amal tersebut, dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan.
2.      Muraqabah dalam meninggalkan perkara maksiat iaitu dengan taubat, penyesalan dan terus meninggalkannya.
3.      Muraqabah dalam melakukan perkara harus iaitu dengan memelihara segala tatasusila dan bersyukur atas segala nikmat-Nya.
4.      Muraqabah ketika ditimpa musibah iaitu menerima (musibah tersebut) dengan kerelaan kepada penentuan Allah dan dengan penuh kesabaran.
·         Dengan muraqabah kamu merasakan keagungan Allah ketika nyata dan tersembunyi.



3.      Muhasabah
·         (59;18)
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan dan meninggalkan larangan-Nya) dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang telah lepas dari amalan-amalannya untuk hari esok (akhirat) dan sekali lagi diingatkan, bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat meliputi pengetahuan akan segala yang kamu kerjakan.”
·         Seseorang mukmin kembali menghisab (menghitung) dirinya setelah mengerjakan amal
·         Umar Al-Faruq menyatakan:                                                                                   “Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab, timbangilah (amalan kamu) sebelum kamu ditimbang dan bersedialah untuk hari pengadilan yang Maha Besar.”
·         (69;18)                                                                                                                                                                    “Pada hari (amalan) kamu dibentangkan dan tidak disembunyikan dari kamu.”
·         Perbandingannya adalah sebagaimana adatnya seseorang peniaga yang beriman meneliti modalnya, keuntungannya serta kerugiannya untuk ia mengetahui sejauh mana pertambahan (keuntungannya) serta kekurangannya (kerugiannya). Maka modalnya ialah Islam serta apa yang terkandung di dalamnya sama ada berupa perintah atau larangan juga segala kewajipan berserta hukum-hukum. Keuntungan pula ialah dengan melakukan ketaatan dan meninggalkan larangan. Manakala kerugian pula ialah dengan melakukan dosa dan maksiat.                                        
·         Dengan muhasabah kamu membebaskan diri kamu dari kejelekan nafsu dan menunaikan segala kewajipan terhadap Allah dan hamba-Nya.

4.   Mu’aqabah (deraan)
·         (2;179)
“Dan dalam hukuman qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orangorang yang berakal fikiran, supaya kamu bertakwa.”
·         Mengenakan satu hukuman (deraan) ke atas dirinya dengan deraan yang diharuskan
·         Deraan ini bertindak sebagai penghalang kepadanya untuk melakukan dosa
·         Mengelakkan serta berhati-hati melakukan deraan yang diharamkan
1.      (2: 195)
2.      (4: 29)
·         Dengan mu’aqabah kamu memisahkan diri kamu dari sebarang kesilapan dan menggerakkannya di atas sikap muraqabah dan muhasabah

5.    Mujahadah
·                                 (29;69)
“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami, sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan kami (yang menjadikan mereka bergembira dan beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah beserta orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.”
·         Seseorang mukmin apabila diselubungi oleh perasaan malas dan condong kepada keduniaan serta gagal untuk melaksanakan amalan sunat dan ketaatan di waktunya maka beliau sepatutnya berusaha agar dapat menunaikan perkara-perkara sunat lebih banyak daripada yang dibuat sebelumnya.
·         Amalan ketaatan yang merupakan paksaan pada awalnya, di suatu masa nanti akan menjadi kebiasaan dan sebati dalam dirinya
·         Diriwayatkan daripada ‘Aisyah bahawa Baginda Ar-Rasul berdiri di waktu malam (ber ibadat) sehingga bengkak-bengkak kaki baginda, lalu ‘Aisyah bertanya:
“Untuk apakah ini semua sedangkan engkau sesungguhnya telah diampunkan Allah terhadap apa yang telah dan akan engkau lakukan.”
Lalu baginda menjawab;
“Bukankah aku merupakan seorang hamba yang bersyukur.”
(Riwayat As-Syaikhan)
·         Sabda Rasulullah:
“Dan tidak ada suatu perbuatan yang lebih menghampirkan diri seorang hamba kepada-Ku daripada apa yang aku fardukan ke atasnya dan akan terus mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan melakukan amalan sunat sehingga Aku mencintanya. Maka apabila Aku mencintainya, Akulah pendengarannya yang mana ia mendengar dengannya, penglihatannya yang mana ia melihat dengannya, tangannya yang memukul dengannya dan kakinya yang ia berjalan dengannya. Sekira ia meminta Aku nescaya tunaikannya dan sekiranya ia meminta perlindungan maka Aku lindunginya.”
·         Dengan mujahadah kamu membaharukan bagi diri kamu sifat kecergasan dan menghapuskan darinya segala keinginan kepada keduniaan. 
Sokongan dalam Bentuk Perasaan Kejiwaan
1.      Sentiasa bermuraqabah kepada Allah
·         Kisah Umar bin al-Khattab dengan pengembala kambing
·         Kisah si ibu dan anaknya yang menjual susu

2.   Sentiasa mengingati kematian serta rentetan peristiwa yang akan berlaku selepasnya.
·         Rasulullah s.a.w memerintahkan umat ini untuk memperbanyakkan mengingati kematian dan pemutus kelazatan.
·         Diriwayatkan oleh Tirmizi dari Abu Hurairah r.a, sabda Nabi s.a.w:
“Perbanyakkanlah mengingati perkara yang menghilangkan kelazatan iaitu mati.” 
·         Baginda s.a.w. memerintahkan untuk menziarahi kubur dan menyatakan faedahnya.
·         Muslim meriwayatkan dari Buraidah r.a berkata: Sabda Rasulullah s.a.w:
“Adalah aku (sebelum ini) menegah kamu dan rnenziarahi kubur, maka ziarahilah.”
·         Baginda mengibaratkan mereka yang sentiasa mengingati maut sebagai mereka yang paling berakal di kalangan manusia dan paling mulia di kalangan mereka.
·         Diriwayatkan dari Abi Dunya dan At-Tabarani, Ibn Majah dan Baihaqi dan Ibn Umar bahawa seorang lelaki bertanyakan Nabi s.a.w, mukmin yang manakah paling cerdik?” Sabda Nabi:
“Yang paling banyak mengingati mati dan paling baik persediaan mereka selepas mati. Mereka itulah yang paling cerdik.” 
3.   Sentiasa meneliti serta merenungi hari akhirat dan keadaan-keadaannya. 
·         Matahari menghampiri kepala-kepala makhluk.
Diriwayatkan oleh Muslim daripada al-Muqdam r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
”Matahari akan menghampiri makhluk pada hari kiamat sehingga jadilah mereka yang jaraknya (dengan matahari) pada kadar satu batu. Maka adalah manusia pada ketika itu di dalam peluh mengikut kadar amalan mereka, maka sebahagian daripada mereka sampai kepada buku lali, dan daripada mereka ada yang sampai kepada betis, dan ada juga sebahagian daripada mereka sampai ke pusat, dan kedapatan juga daripada mereka yang ditenggelami oleh peluh keseluruhannya, dan Rasulullah s.a.w telah menunjukkan kepada mulutnya.
·         (36;65)
Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan.”
·         Neraka jahanam yang hitam gelap:
Tarmizi, Ibnu Majah dan Baihaqi meriwayat kan daripada Abu Hurairah, daripada Nabi s.a.w bersabda:
“Api neraka telah dinyalakân selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian dilanjutkan seribu tahun lagi sehingga hitam gelap, bagaikan malam yang gelap kelam.”
·         Dalamnya dasar neraka jahanam:
Muslim meriwayatkan daripada Khalid ibnu Umair berkata: telah berkhutbah ‘Utbah bin Ghazwan r.a, maka ia berkata:
“Sesungguhnya telah diceritakan kepada kami bahawasanya seketul batu telah dicampakkan dan pada tebing neraka jahanam, maka ia telah menenggelami ke dalamnya selama 70 tahun baharulah sampai kepada dasarnya, demi Allah ia akan dipenuhi Apakah kamu tidak takjub?”
·         Minuman & makanan ahli neraka:
1.      (14;16-17), (47;15), (18;29)
2.      (3;102)
·         Keadaan ahli syurga:
1.                              (32;17)
2.                              (7;43)
3.                              dll.


Sokongan dalam Bentuk Amalan atau Praktikal

1. Memperbanyakkan bacaan Al-Quranul Karim dengan penuh tadabbur (perhatian) dan khusyu’.
·             (38;29)
“Al-Quran sebuah kitab yang kami turunkannya kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad) kitab yang banyak faedah dan manfaatnya untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya dan untuk orang yang berakal sempurna dan mengambil iktibar.”
·             Tirmizi meriwayatkan bahawa Ibn Masud r.a berkata: Rasulullah bersabda:
“Sesiapa yang membaca satu huruf dari al-Qur’an maka baginya satu kebaikan dan kebaikan tersebut adalah bersamaan dengan sepuluh. Aku tidak mengatakan yang ‘Alif, lam, mim’ itu satu huruf, tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf.”
·             Yang penting ialah tidak berlalu satu hari bagi seorang tanpa beliau membaca sedikit pun al-Qur’an.


2. Mengiringi Nabi s.a.w dalam sirah perjalanannya.
·         (33;21)
“Demi sesungguhnya bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi mereka yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) han akhirat serta ia pula banyak menyebut dan mengingati Allah (dalam masa susah dan senang).”
·     Perkara untuk  dicontohi dari Nabi s.a.w. yang paling jelas ialah bagaimana baginda menghimpunkan agama dan dunia, ibadah dan kehidupan, pembersihan (jiwa) dan jihad. Tegasnya baginda tidak mengabaikan suatu sudut pun dari ini.

3. Mendampingi orang terpilih yang mengenal Allah.
·     (9;119)
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu bersama-sama orang-orang yang benar.”
(At-Taubah: 119)
·     Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi dari Abu Said Al-Khudri r.a,
Nabi s.a.w sabdanya:
“Janganlah kamu bersahabat melainkan dengan orang mukmin dan janganlah makanan engkau dimakan melainkan oleh orang yang bertakwa.”
·     Mereka yang terpilih ini mempunyai beberapa ciri:
1.      iltizam mereka terhadap suruhan syarak dengan niat yang ikhlas,
ketaatan yang sebenar dan amal yang berterusan.
2.      tidak lahir di kalangan mereka sebarang maksiat, bidaah atau
perkara-perkara yang menyalahi syarak.
3.      mengambil berat tentang keaiban mereka sendiri daripada keaiban orang lain
4.      menegakkan amar makruf dan nahi mungkar dengan kekuatan iman dan keberanian diri.
5.      lahir pada mereka limpahan ketakwaan, cahaya keimanan di wajah dan air muka mereka.
6.      mengambil berat tentang hal ehwal kaum muslimin dan bersemangat untuk kepentingan mereka.
7.      menggerakkan yang benar untuk tanggungjawab dakwah dan semangat yang ikhlas dalam permasalahan islah, jihad dan perubahan.
  
4.  Sentiasa mengingati Allah di setiap ketika dan keadaan.
·     (2;152)
“Lantaran itu, ingatlah kepada-Ku, niscaya Aku ingat kepada kamu; dan hendaklah kamu bersyukur kepada-Ku, dan janganlah kamu lupakan budi-Ku.”
·     (33;41-42)
“Hai orang-orang yang beriman,! Ingatlah akan Allah ingatan yang banyak; Dan beribadatlah kepada-Nya (pada waktu) pagi dan petang.”
·     (3;103)
“Lantas apabila kamu telah selesaikan sembahyang itu, maka hendaklah kamu ingat kepada Allah sambil berdiri dan sambil duduk, dan sambil (berbaring) atas rusuk-rusuk kamu. Tetapi apabila kamu teluh tenteram, maka hendaklah kamu dirikan sembahyang (seperti biasa), kerana sesungguhnya sembahyang itu adalah atas mukminin satu kewajiban yang ditentukan waktunya.”
·     “Perumparnaan mereka yang mengingati Tuhannya dengan yang tidak mengingati ialah seperti mereka yang hidup dan yang mati.”  (Riwayat al-Bukhari)

5.  Tangisannya ketika bersendirian kerana takutkan Allah.
·     (35;28)
“...Sesungguhnya orang-orang yang takutkan Allah adalah merupakan hambahambanya
yang ulama’ (mengetahuinya).”
·     As-Syaikhan meriwayatkan:
“Tujuh golongan dilindungi Allah di bawah lindungan-Nya di hari yang tiada sebarang pelindung melainkan lindungan-Nya....(Salah satu darinya ialah seorang yang mengingati Allah di kala keseorangan lalu mengalirlah air matanya.)
·     Tarmizi meriwayatkan dari ibnu Abbas katanya:
Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Dua jenis mata yang tidak disentuh oleh api neraka; mata yang menangis kerana takutkan Allah dan mata yang berjaga di jalan Allah.”
·     Ibn Hibban dan Al-Baihaqi meriwayatkan dari Al-Abbas bin Abd. Muttalib r.a berkata:
Sabda Rasulullah s.a.w: “Apabila gementar seorang hamba kerana takutkan Allah berguguranlah segala dosa-dosanya sebagaimana berguguran dedaun dari pokok yang kekeringan.”

6.  Galakan supaya  sentiasa berbekal dan mengerjakan ibadat-ibadat sunat
·     Penjagaan yang berkekalan ke atas ibadat-ibadat sunat ketika mana setiap kali terluang kepadanya kelapangan-kelapangan sama ada di waktu malam atau siang hari.
·     (17;79)
“Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.”

·     Riwayat Syaikhan, daripada Nabi s.a.w bersabda:
“Dan barangsiapa yang menghampiri kepada-Ku sebanyak sejengkal maka Aku akan menghampiri kepadanya sebanyak sehasta, dan barangsiapa yang menghampiri-Ku sehasta, maka Aku akan menghampiri kepadanya sedepa, dan apabila hamba itu datang kepada-Ku dengan berjalan maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari.”
·     Bukhari meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda:
“Dan akan sentiasalah hamba-Ku menghampiri-Ku dengan ibadat sunat sehingga Aku kasih kepadanya.”

·     Contoh:
1.      Solat sunat Tahajjud
2.      Solat sunat Dhuha
3.      Puasa sunat
4.      dll..

” Selamat Menuju Ketakwaan...”
“Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat peringatan bagi orang-orang yang mempunyai akal atau yang menggunakan pendengarannya, sedangkan dia menyaksikannya.” 
 (Qaf: 37)

No comments:

Post a Comment

Anda Mungkin juga berminat dengan yang ini

get this widget here