Peranan Pemuda (Abdullah Nasih ‘Ulwan) review
oleh:akhwtcanbrrReview buku kali ini adalah Peranan Pemuda dalam menyampaikan risalah Islam hasil tulisan ‘Abdullah Naseh ‘Ulwan.
Skop buku membawa pembaca menghargai nilai pemuda dengan segala kebaikan yang terwujud selepas seseorang mengeksploitasi potensi maksima pada pemuda yang terbentuk dengan
Abdullah Nasih ‘Ulwan mengulangi fakta dengan membawa dalil2 berkaitan dengan kepentingan mengetahui tujuan hidup di muka bumi. Malah, pemuda digesa untuk mengenali musuh dan strategi jahat musuh.
Saran lain yang dibawa oleh penulis adalah menanamkan dalam jiwa pemuda supaya optimis kemenangan Islam dan meyakini kelebihan mengikuti gerombolan dakwah.
Pemuda yang telah dibangkitkan dari iman yang lesu juga digesa menguasai teknik dakwah dan supaya melakukan dahulu amal sebelum mengajak manusia untuk beramal. turut disertakan dalil2 meniup semangat untuk menyertai kebenaran, dengan meyakini qadha dan qadar.
secara ringkas, masa muda adalah masa yang terbaik untuk menentukan hari-hari akhir. Acuan yang bulat, tidak akan menghasilkan sesuatu yang bersegi-segi.
fastaqim
Wahai pemuda-pemuda Islam! Kamu sangat-sangat dituntut supaya bekerja
dengan lebih keras dan bersungguh-sungguh. Rasa malu, silu, malas, segan dan sifat tunggu dahulu, jangan dibiarkan wujud sama sekali di dalam jiwa kamu. Terus maralah kamu untuk berda’wah ke jalan Allah.
Duhai pemuda-pemuda Islam! Semuga kamu semua akan menjadi perwira Islam. Perwira yang kenal agamanya yang unggul, yang beribadat dan berjihad, memperbaiki kekurangan diri sendiri di samping berda’wah ke jalan Allah.
Inilah golongan pemuda yang bersifat mulia lagi terpuji. Golongan inilah yang tidak sanggup dicemar dan dikeji. Kesudahannya zaman Keagungan Islam akan kembali. Negara Islam yang diimpi-impikan oleh setiap penganutnya akan tegak semula di atas daya usaha satria pemuda. Allah
Maha Mulia lagi Pengasih. Dia akan memberi kemenangan kepada sesiapa yang Dia sukai.
Saya doakan, semoga Allah jadikan kita seperti golongan yang mendengar ucapan dan disusuli dengan amalan. Semoga Allah jadikan kita seperti para-para dai’ yang bekerja dengan tulus ikhlas, demi untuk menyampaikan risalah Islam. Kita tidak gentar dengan sesiapa pun. Hanya kepada Allah saja sebaik tempat kita bergantung dan meminta. Saya sudahi dengan memuji Allah, Pentadbir semesta alam.
Pemuda Islam….
22 August 2006 by
Pemuda Islam….Semenjak runtuhnya Khilafah Islamiah dan hilangnya perundangan Islam dari kehidupan umat Islam, kuasa-kuasa luar dan dalam, di peringkat antarabangsa dan tempatan telah bergerak melakukan kerja siang malam untuk satu tujuan; tujuan yang keji dan hina iaitu meruntuhkan akidah Islam dari hati-hati generasi muslim. Begitu juga untuk memadamkan ruh jihad di jalan Allah yang ada di dalam perasaan dan diri mereka. Sehingga generasi tersebut -pemuda dan pemudi, lelaki dan perempuan- berubah dari beriman dengan penuh
keyakinan kepada keraguan, dari beramal kepada tawakkul, dari berakhlak kepada penyelewengan. Negara Islam menjadi makanan yang terhidang bagi pelahap.
Kuasa-kuasa yang bergerak dengan berganding bahu ini terdiri dari
1. Kristian dan penjajahan.
2. Komunis antarabangsa.
3. Zionis.
4. Salibiah.
5. Agen-agen.
Setiap satu dari kuasa ini mempunyai perancangan, penyusunan, uslub dan wasilah yang tersendiri di dalam usaha merosakkan generasi muslim dan menghancurkan pemudapemudinya, seterusnya mengongkong negara-negara Islam.
Kuasa-kuasa ini telah berjaya mencapai matlamatnya di kebanyakan negara Islam. Ia mempunyai agen-agen yang berada di negara Islam itu sendiri untuk meneruskan usaha dan melaksanakan segala perancangannya. Generasi Islam pula (alangkah sedihnya) telah dihanyutkan oleh hawa nafsu, ditenggelamkan oleh arus perubahan zaman dan tunduk patuh kepada sistem kerajaan yang berusaha meruntuhkan, menimbulkan keraguan dan mengembangkan fahaman tidak berakhlaknya.
Oleh itu, pemuda-pemudi Islam hari ini hendaklah mengetahui perancangan-perancangan ini dan cara mengatasinya. Apabila mereka telah betul-betul faham, sedar, mempunyai persediaan dan pembentukan, mereka akan berdepan dengan perancangan-perancangan tersebut bagaikan singa lapar; mempertahankan dan menentang, bekerja dan berjihad sehingga Allah menganugerahkan kemenangan kepada agama ini, kemuliaan kepada umat ini serta kekuatan dan kekuasaan kepada negara Islam dan memberikan hidayah serta kebaikan kepada manusia sejagat.
Prkngsian yg bermamfaat..semoga Allah mnganugrahkn kita rasa keseronokan. .Dn kesngguhan dalam berkongsi dn beramal mncpy redhoNya..Allahu Akbar.
ReplyDeleteterima kasih Mujhidah.. berkongsilah ilmu yang kita ada. Semoga ilmu yang kita sampaikan kepada orang lain menambahka lagi ilmu kita
DeletePrkngsian yg bermamfaat..semoga Allah mnganugrahkn kita rasa keseronokan. .Dn kesngguhan dalam berkongsi dn beramal mncpy redhoNya..Allahu Akbar.
ReplyDelete