U R BORED AND WANT CHANGE BACKGROUND COLOUR

Jihad bebaskan Palestin

Friday, 2 March 2012

APA ERTINYA ANDA SEORANG MUSLIM,ABUL A'LA AL-MAUDUDI

                           APAKAH KITA SEBENARNYA SEORANG MUSLIM ??
     Ada beberapa kalimah yang sering bermain di bibir setiap orang, kecil atau besar, tetapi tidak ramai di kalangan mereka yang memahami dengan mendalam dan sungguh-sungguh akan pengertian kalimah-kalimah itu..
     Dan oleh karana terlampau banyak dipertuturkan maka dengan sendirinya terbentuklah suatu pengertian secara singkat di fikiran setiap orang. bila seseorang menyebut kalimah tersebut maka pengertian itulah yang dimaksudkan olehnya; dan begitu juga bila seseorang mendengar ianya disebut maka yang segera terlintas di fikirannya ialah pengertian yang sempit itu juga, sedangkan makna dan pengertian yang tepat dan padat masih lagi kabur di kalanga golongan terpelajar, apa lagi di kalangan golongan awam yang jahil.
     Umpamanya dua kalimah "ISLAM" dan "MUSLIM", alangkah larisnya ia diucapkan. tetapi berapa ramaikah di kalangan mereka yang menyebutnya itu yang merasakan dengan sungguh-sungguh pengertian yang terkandung di dalam dua kalimah itu. Berapa ramaikah di kalangan mereka yang mendengarnya yang memahami dengan mendalamapa yang tersirat dari maksudnya.
     Sesungguhnya di kalangan orang muslimin sendiri - belakangkan yang bukan muslimin -99% bahkan lebih ramai lagi yang mendakwa diri mereka muslim dan mengaku agama mereka Islam, tetapi mereka tidak mengetahui apakah dia muslim dan apakah dia Islam yang sebenarnya.
     Maka hari ini marilah kita mengambil sedikit waktu untuk memahami dua kalimah ini.
     Jika anda melihat kepada gelagat manusia dari segi i'tikad dan amalan, anda akan dapati mereka kebanyakannya terbahagi kepada tiga golongan
     Pertama : Orang yang dengan terang-terang menagungkan kebebasan berfikir dan beramal. Setiap perkara dalam hidup mereka hanya berpegang kepada pendapat mereka sendiri dan hanya yakin pada apa yang diputuskan oleh fikiran mereka. Cara bekerja bagi mereka ialah apa yang pada pandangan mereka betul. Mereka tidak mempunyai hubungan langsung dengan mana-mana agama dan tidak mengikutinya.
     KEDUA : Terdiri daripada orang-orang yang zahirnya berpegang pada suatu agama yang tertentu,tetapi pada hakikatnya mereka mematuhi pendapat dan fikiran mereka sendiri. Mereka tidak pernah merujuk kepada agama untuk mengambil pegangan-pegangan atua peraturan hidup. Kadang-kadang mereka mengambil setengah pegangan mengikut kehendak hawa nafsu, kecenderunga dan keperluan diri dan hidup mereka. mereka bekerja dengan cara sendiri kemudia cuba menyesuaikan agama mengikut rekaan mereka.
     Maka mereka pada hakikatnya bukan penganut agama,tetapi agama yang menjadi penganut hawa nafsu mereka.
    KETIGA : Terdiri dari golongan yang tidak mempergunakan akal mereka,malah memberhentikannya langsung. lalu mereka pun merangkaklah di belakang manusia dengan mengikut mereka secara membabi-buta; sama ada manusia-manusia itu datuk nenek mereka atau orang-orang yang semasa dengan mereka.
     Golongan yang pertama, mereka ini tenggelam dalam kebebasan sehingga mereka tidak mengeahui sempadan yang sebenarnya. Memang kebebasanbekerja dan berfikir itu sesuatu yang betul kalau menurut had-hadnya, tetapi bila sudah melampaui batas dia akan menjadi sesat. Seseorang yang hanya bergantung pada pendapat sendiri semata-mata dan menghukum menurut akalnya sahaja dalam semua perkara akan terjerumus dalam salah faham dan kesilapan. Dia merasakan bahawa ilmu dan akalnya telah meliputi semua perkara di dunia ini. Tidak ada suatu hakikat pun dan tidak ada satu kebaikanpun yang terlindung dari pengetahuannya. Dia menyangka bahawa dia mengetahui tanda-tanda di setiap jalan,mengetahui setiap kesudahan suatu perkara sepertimana dia megetahui permulaannya.
          Sebenarnya sangkaan seperti ini – bahawa dia mengetahui serta dapat memeikirkan semua perkara – pada hakikatnya adalah salah. Kalau seseorang itu mempergunakan akalnya dengan sebenarnya nescaya akal itu akan menunjukkan bahawa ia – akal – tidak bersifat sepertimana yang disangkakan.
         Sesungguhnya seseorang yang memilih akalnya sebagai pemandu dan hanaya menuruti jalan yang ditunjukkan oleh akal semata tidak akan terselamat dari kegelinciran, perlanggaran, kebinasaan dan kesesatan.
        Kebebasan berfikir dan bekerja seperti inijuga merbahaya bagi sesuatu Negara/perkumpuan masyarakat. Kerana kebebasan berfikir ertinya seseorang itu tidak akan percaya kecuali apa yang betul menurut fikirannya dan tidak akan menurut suatu jalan kecuali apa yang ditunjukkan oleh akalnya. Sedangkan mengikut kehendak masyarakat pula kebalikan dari itu;iaitu setiap individu yang berada didalam sesesuatu masayarakat wajiblah mengikut prinsip-prinsip dan dasar-dasar pokok yang terdapat dalam masyarakat itu. Tindak-tanduknya mestilah bersesuaian dengan adat dan kebudayaan serta undang-undang yang mengatur kehidupan masyarakat.
         Ini bererti bahawa kebebasan berfikir dan bekerja itu bertentangan dengan kehendak cara hidup bemasyarakat.
          Sesungguhnya kebebasan seperti in sering mencetuskan sifat-sifat keakuan, keegoan, dan kekacauan di alangan individu, sedangkan masyarakat & Negara menghendaki mereka supaya patuh, taat dan setia. Oleh itu di man ada kebebasan yang mutlak maka tidak adalah tamadun Negara dan di mana ada tamadun maka tidak dapat tidak mereka terpaksa mengorbankan sedikit daripada kebebasan berfikir dan beramal demi keuntungan yang lebih banyak.
          Golongan yang kedua pula lebih buruk keadaannya dari golongan pertama. Golongan pertama hanya sesat sahaja, tetapi golongan kedua pendusta, penipu serta munafik. Sekiranya seseorang itu dapat menyesuaikanantara agamanya, fikirannya dan kecenderungannya dalam batas-batas yang sihat,maka dia boleh mengikuti agama dengan tidak mengurangkan kebebasannya dalam berfikir dan bekerja. Begitu juga seandainya kecenderungan seseorang berlawanan dengan agama, dia rela menerima hokum agama dan menyalahkan kecenderungannya, maka betullah dakwaannya ia mengikuti agama itu.
         Tetapi sebaliknya jika prinsipnya dan amalannya terang-terang menyalahi ajaran agama, namun dia tetap menanggap bahawa fikirannyalah yang betul sedang ajaran agama itu salah, kemudian dia cuba pula mengolah ajaran agama supaya sesuai dengan fikirannya dan tabiatnya; maka orang yang serupa ini kita tidak sahaja menggelarnya bodoh kerana orang yang bodoh ini tidak mungkin melakukan penipuan dan kepesongan yang seperti ini, bahkan kita akan memanggilnya pendusta dan pembohong.  Dan kita terpaksa akan terpaksa menuduh bahawa dia tidak berani menghentam agama denganterus-tarang lalu dia mendakwa beriman dengan secara munafik. Jika itdak maka apakah gerangan yang menghalangnya berpindah terus dari agama yang ajarannya bertentangan dengan akalnya dan berlawanan dengan fikirannya serta menyekatnya dari mengikuti jalan yang disukai oleh hatinya dengan sepenuhnya, malah jalan yang telah dilaluinya dengan sebenarnya.
          Dan golongan yang ketiga adalah yang paling jelek sekali berbanding dengan golongan yang lain dari segi kewarasan akal. Adapun kesalahan dua golongan tadi ialah mereka membebankan akal dengan sesuatu yang di luar kemampuannya, tetapi kesalahan golongan ini mereka tidak mempergunakan akal langsung, atau menggunakannya dengan penggunaan yang tidak dapat dibezakan antara ada dengan tidaknya.
         Manakah keaiban yang lebih besar dari seorang berakal yang berpegang pada suatu akidah yang tertentu tetapi tidak mempunyai sebarang dalil akan kebenaran akidah yang dipegangnya itu kecuali hanya semata-mata ajaran itu dianuti oleh datuk neneknya atau lantaran itulah yang dipegang oleh sesuatu bangsa yang sedang berada di puncak ketinggian di zaman itu.
        Sesungguhnya orang-orang yang memegang suatu jalan dalam hal-hal yang berhubungan dengan keagamaan atau keduniaan yang diwarisinya dari datuk nenek atau generasi yang terdahulu, ataupun ia memilih jalan lain berdasarkan bahawa jalan itulah yang sedang dikagumi di kalangan bangsa-bangsa yang maju ketika itu, maka orang yang seperti ini seolah-olah telah menonjolkan dirinya bahawa dalam kepalanya tidak ada otak atau dalam otaknya tidak ada kekuatan untuk berfikir. Dia tidak punya potensi untuk membezakan antara yang salah dengan yang betul.
         Andainya dia secara kebetulan dilahirkan di rumah Yahudi maka dia akan percaya akan kebenaran agama Yahudi. Kalau dia dilahirkan di rumah islam maka dia percaya akan kebenaran Islam. Atau dilahirkan dalam keluarga Kristian maka dia akan menjadi penganut Kristian
         Begitulah dengan secra kebetulan juga, yang berkuasa di zamannya bangsa kulit putih barat maka dia menganggap setiap tradisi barat itu lambang kemajuan dan neraca kehebatan. Kalau yang berkuasa di zamannya orang Cina baginya tradisi Cinalah yang menjadi lambang kemajuan. Dan kalau yang berkuasa hari ini orang Negro di Afrika maka tidak syak lagi Negrolah yangmenjadi lambing ketamadunan manusia di sisi orang yang berfikiran cetek tadi.
          Sebenarnya bukanlah suatu bukti yang boleh diterima bahawa sesuatu itu dikatakan betul atau benar kerana ia diamalkan oleh dunia hari ini.
          Andainya orang-orang bodoh yang dahulu dan sekarang melakukan sesuatu, kita tidak seharusnya mengikuti orang-orang itu dengan membuta-tuli. Tidak sepatutnya kita menuruti setiap jejak orang lama atau moden tanpa dikaji dan difikirkan dahulu. Apakah kita mahu menambatkan diri kita di setiap ekor binatang yang ditunggangi orang tanpa mempersoalkan apakah ia berlari ke jalan yang penuh duri atau sedang menuju ke jurang kesesatan?
         Sesungguhnya kita telad diberi akal supaya kita dapat membezakan antara yang betul dan yang palsu. Sebelum kita mengikuti seseorang hendaklah kita melihat terlebih dahulu : Mahu ke manakah orang ini?
          Islam telah menganggap ketiga-tiga orang jenis ini sebagai terjerumus dalam kebatilan dan kesesatan.
          Adapun golongan yang pertama mereka tidak memilih orang yang membawa cahaya sebagai pemandu bagi mereka dan di tangan meraka sendiri juaga tidak mempunyai cahaya yang sebenar untuk menyuluh jalan hidup mereka. Mereka tidak ubahlah seperti melontar bende yang tidak ada atau meraba di dalam gelap-gelita. Tidak boleh melangkah ke mana-mana atau akan terjerumus ke jurang bahaya kerana mereka hanya mengagak-agak sendiritanpa suatu kepastian. Mereka menghadapi dua kemungkinan; sama ada salah atau betul, tetapi lebih dekat kepada kesalahan.
         (Dan orang-orang yang menyeru sekutu-sekutu (sembahan-sembahan) selain Allah, tidak mengikuti suatu keyakinan kecuali prasangka belaka. Dan mereka hanyalah berdusta) Yunus: 66
          (Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka sedang sesungguhnya prasangka itu tidak berguna sedikitpun untuk mencapai kebenaran) An-Najm : 28
          (Mereka tidak lain hanyalah mengikuti sangkaan-sangkaan dan apa yang diingini oleh hawa nafsu mereka. Padahal sesungguhnya telah datang petunjuk kepada mereka dari Tuhan mereka. Atau apakah manusia akan dapat segala yang dicita-citakannya) An-Najm : 23-24
         (Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkan sesat berdasarkan ilmunya dan Allah telah mengunci mati pendengarannya dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya. Maka siapakah yang akan memberi petunjuk sesudah Allah?) Al-Jaatsiyah :23
          (Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikut hawa nafsunya dengan tidak mendapat petunjuk dari Allah sedikitpun. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjukorang-orang yang zalim) Al-Qashash : 50
           Pendukung golongan kedua di zaman turunnya Al-Quran ialah Bani Israel yang mendakwa menjadi pengikut Nabi Musa a.s. dan berpegang pada Taurat,tetapi pegangan dan amalan mereka kebanyakannya berlawanan dengan pimpinan Nabi Musa a.s dan ajaran Taurat. Mereka tidak segan-segan dengan penyelewengan mereka itu. Mereka bukan memperbetulkan fikiran dan amalan mereka. Mereka menyembunyikan ajaran Taurat yang asal dan menggantikan di tempatnya fikiran mereka sendiri seolah-olah itulah pengajaran yang diturunkan. Orang-orang yang cuba memberikan kesedaran kepada mereka dari berterusan dalam kesesatan dan maksiat dan mengajak mereka kembali mengikut ajaran Allah yang berlawanan dengan hawa nafsu mereka disambut dengan celaan dan cacian sehingga kadang-kadang ada yag dibunuh.

          Kepada mereka ini Allah berfirman:
          (Mereka suka merubah perkataan Allah dari tempat-tempatnya dan mereka sengaja melupakan sebahagian dari apa yang mereka telah diperingatkan dengannya dan kamu (Muhammad) sentiasa akan melihat kekhianatan dari mereka kecuali sedikit di antara mereka yang tidak berkhianat) Al-maidah: 13
         
(Hai Ahli Kitab, mengapa kamu mencampur-adukkan yang hak dengan yang batildan menyembunyikan kebenaran padahal kamu mengetahui) Al-Maidah : 70
          
Kemudian denganterang-terang Allah berkata kepada mereka:
          (Katakanlah: Hai Ahli Kitab, kamu tidak dipandang beragama sedikitpun hingga kamu menegakkan ajaran Taurat dan Injil dan apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu (Al-Quran) Al-Maidah ; 68

           Dan tentang golongan yang ketiga pula Allah berfirman:
           (Dan apabila dikatakan kepada mereka : “ikutilah apa yang telah diturunkan Allah!” Mereka menjawab: “Tidak! Tetapi kami hanya mengikut apa yang telah kami dapati dari perbuatan nenek moyang kami!” Apakah mereka akan mengikuti juga walaupun nenek moyang mereka itutidak mengetahui suatu apa pun dan tidak mendapat petunjuk) Al-Baqarah : 170
          
(Apabila dikatakan kepada mereka: Marilah mengikut kepada apa yang diturunkan Allah dan Kepada Rasul. “Mereka menjawab: “Cukuplah untuk kami apa yang kami dapati bapa-bapa kami mengerjakannya. “Apakah mereka akan mengikuti juga nenek moyang mereka walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui apa-apa dan tidak pula mendapat petunjuk?) Al-Maidah : 104

          (Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta) Al-An’aam :116

Golongan ketiga:
          Sesungguhnya orang-orang yang tidak menggunakan akal dan fikiran mereka dan tidak tahu membezakan dengan sendiri antara yang betul dan yang salah, malah mengikut sahaja orang lain dengan buta tuli telah dihukum oleh Al-Quran dengan:
         (Mereka tuli, bisu, dan buta. Mereka tidaklah akan kembali ke jalan yang benar) Al-Baqarah: 18
         
  Dan diumpamakan mereka seperti binatang,bahkan lebih jelek darinya, kerana binatang tidak mempunyai akal, sedangkan mereka mempunyai akal tetapi tidak menggunakannya.
           (Mereka itu sebagai binatang ternak,bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulaah orang-orang yang lalai) Al-A’raaf : 179
          
Ketiga-tiga golongan yang melampau dan keterlaluan ini telah ditolak oleh Al-Quran dan menggantikannya dengan suatu umat yang sederhana dan stabil, umat pertengahan yang menegakkan keadilan.

         Apakah jalan pertengahan dan kestabilan ini?Inilah jalanya!
          Pertama-tama tembusilah segala benteng kebudayaan lama dan aliran-aliran baru yang terbentang di hadapan anda.
          Bukalah mata anda dalam pancaran akal yang sejahtera dan waras dan pandanglah dengan sendiri yang mana haq dan yang mana stabil
          Apakah atheism yang betul atau ketuhanan?
          Apakah tauhid yang betul atau syirik?
          Apakah untuk merentasi jalan lurus manusia berhajat kepada hidayat Allah Taala atau tidak?
          Apakah para Nabi dan Nabi Muhammad a.s semuanya benar atau dusta – barang dijauhkan Allah?
          Apakah jalan yang ditunjukkanoleh Al-quran itu lurus atau bengkang-bengkok?
           Aindainya hati anda mengiktiraf bahawa:

         Fitrah manusia memerlukan keimanan kepada Tuhan dan,

         Tuhan itu ialah Allah yang tiada sekutu bagi-Nya dan, hati kecil anda mengakui bahawa manusia tidak dapat dinafikan lagi berhajat kepada nur dari sisi Allah demi merentasi jalan yang lurus dalam hidupnya dan nur itu ialah apa yang telah dibawakan oleh para Nabi dan Rasul a.s. yang merupakan petunjuk kebenaran untuk manusia sepanjang zaman dan,sesungguhnya kehidupan murni yang dihayati oleh Nabi Muhammad s.a.w di dunia ini menunjukkan bahawa manusia yang menjalani kehidupan yang penuh dengan kesucianyang maha tinggi itu tidak mungkin sekali-kali menipu alam sejagat – jika ia telah mendakwa bahawasanya ia seorang Rasul dari sisi Allah maka sudah pasti dakwaannya itu benar – dan,

          Jika anda membaca Al-Quran, akal anda memutuskan bahawa jalan yang lurus untuk dijadikan pegangan dan amalan ialah yang dibentangkan oleh kitab ini dan,

          Kitab ini tidak diragukan lagi datangnya dari sisi allah,

         Maka seharusnya anda jangan takut lagi kepada celaan orang yang mencela atau keengkaran orang yang degil. Sebaliknya bersihkanlah hati anda dari segala ketakutan akan kekurangan atau ketamakan akan keuntungan dan beriman serta yakinlah dengan apa yang telah diakui oleh diri dan jati anda sendiri akan kebenarannya.

No comments:

Post a Comment

Anda Mungkin juga berminat dengan yang ini

get this widget here