U R BORED AND WANT CHANGE BACKGROUND COLOUR

Jihad bebaskan Palestin

Monday, 2 July 2012

Mengira Jarak Daripada Kilat!!

          Assalamualaikum.. ari ni pening r juga nak pilih tajuk yang simple apa nak tulis kat blog aku ni.. Pening + pening + pening.. nak makan panadol x boleh sbb tu bukan ubat yang sesuai.lagipun kita x digalakkan untuk mengambil panadol jika sakit kepala. nak tahu kenapa<klik sini> tadi usha2 kat internet,apa tajuk yang best dan terjumpalah kawan cerita pasal hujan kat luar rumah dia. So, teterbitlah idea nak tulis pasal kilat.. Oh ye, cakap pasal panadol kan. Nama lain bagi panadol dalam bahasa medic adalah Paracetamol..cakap sahaja nak paracetamol kat farmasi @ kedai-kedai yang jual ubat. nanti dwrg akan bagi panadol. dah bermacam-macam jenis panadol yang kita boleh kita jumpa sekarang. Kebiasaannya kalau makan apa-apa sahaja ubat mesti ada site effectnya. x kira kuat atau x,itu bergantung kepada jenis ubat.kalau nak tau apa itu panadol dengan lebih lanjut boleh <klik sini>



     Kilat lebih kita kenali sebagai cahaya yang berpancaran di langit. Kilat akan diikuti dengan guruh(bunyi), petir.. Anda tahu bagaimana jika ribut petir semakin hampir, dan tiba-tiba terendengar bunyi guruh yang memekakkan. Whoa, bunyinya yang menakutkan bukan. Tetapi sejauh manakh jarak kilat yang kita lihat? Ia adalah sukar untuk menentukan jarak pancaran kilat dengan hanya melihatnya sahaja, dan bunyi guruh bukanlah satu cara untuk mengetahuinya. Bacaan yang mudah, berpotensi untuk menyelamatkan nyawa yang boleh kita digunakan untuk menganggarkan berapa jauh kilat daripada kita.


Pertama ~ tengok pada langit untuk pancaran cahaya kilat

Kedua ~ Kira bilangan saat sehingga mendengar bunyi guruh - Jika ada jam tangan atau jam tangan digital yang mempunyai saat,  memulakan masa sebaik sahaja anda telah melihat pancaran kilat tersebut dan berhenti sebaik sahaja anda mendengar permulaan guruh. Jika tiada jam pada ketika itu, cara yang terbaik untuk mengira dalam saat secara tepat adalah dengan cara mengira "satu ribu satu, satu ribu dua, satu ribu tiga..." dalam minda untuk setiap saat.




Ketiga ~ Bahagikan bilangan saat dengan 5 untuk mengira jarak kilat dalam batu(atau bahagi 3 untuk kira dalam kilometer). Dalam erti kata lain jika kita kira dalam 18 saat daripada kita lihat kilat, maka jaraknya adalah 3.6 batu @ 6 kilometer dari lokasi yang kita kira. Kelewatan di antara kita melihat kilat dan apabila kita mendengar guruh berlaku kerana bunyi bergerak di dalam udara lebih perlahan daripad cahaya.  Bunyi bergerak melalui udara kira-kira 1100-1200 kaki (330-350 meter) sesaat (bergantung kepada ketinggian, kelembapan, tekanan dll), yang merupakan satu batu lebih sedikit daripada satu per lima saat (satu kilometer setiap tiga saat). Sebagai perbandingan, kelajuan cahaya 983571058 kaki (299.792.458 meter) sesaat.<sumber>

Keempat ~ Cara Alternatif. Walaupun kilat tersangat cepat kita boleh kira dengan mendarabkan jumlah saat yang kita kira dengan 340 untuk kira yang lebih tepat dalam meter (340 hampir tepat kepada kecepatan bunyi dalam m/sdan cahaya dalam kiraan magnitud adalah 10^8 m/s. Jadi ia tidak menjejaskan anggaran kiraan kita) Sebagai contoh : 18 saat x 340 =  6120m dan kira-kira ini membawa ke lebih tepat berbanding 18/3 = 6 km (dari cara tadi)



Tips

  • Jika banyak kilat berlaku berdekatan antara satu sama lain, ia mungkin sukar untuk menganggarkan berapa jauh dari kilat yang akan muncul, keran ia akan sukar untuk mengetahui guruh yang datang kepunyaan kilat yang mana satu. Dalam kes ini,kita akan perlu untuk terus mencuba langkah-langkah di atas sehingga kita akhirnya boleh yakin bahawa hentaman yang diberikan hasil kilat yang diberikan. Tentu saja, jika keselamatan yang diutamakn, mula menghitung dari kilat terakhir yang anda lihat. Dengan cara ini ia tidak akan kira kilat yang dekat atau yang jauh, kita akan tahu sejauh manakah kilat yang paling dekat tanpa mengendahkan cahaya yang mana satu atau betapa terangnya cahaya dengan syarat tiada sebarang kilat lain yang berkelip mengganggu kiraaan kita.
  • Jika kita berada dalam suasana yang bising(cth di bandar-bandar yang sibuk, tempat pembinaan), kita tidak akan dapat mengenal pasti bila guruh bermula,jika kita dapat mendengar sama sekali
  • Bunyi bergerak melalui udara pada kelajuan sedikirt berbeza bergantung kepada kelembapan udara dan suhu udara. Perbezaannya adalah sedikit. Walaubagaimanapun, ia tidak menjejaskan pengiraaan kita.
  • Jika kita ada peta dan kompas, cuba plot lokasi setiap kilat dengan melukis garis pada peta ke arah kilat, buat pangkah pada jarak yang dikira sepanjang garis ini.
  • Jika terperangkap di dalam atau di rumah semasa angin ribut, ini adalah cara yang menarik untuk menghiburkan diri untuk sementara waktu.
  •    Jika ada kanak-kanak kecil yang takut disekitar kita, kira berapa jauh dan beritahu mereka. Ini akan membantu meredakan ketakutan mereka dan mereka akan bertanya bagaimana kita melakukannya. Inilah masa yang terbaik untuk mengajar mereka.

Kilat di Toronto


AMARAN!!!

  • Ini bukannya satu latihan untuk dilaksanakan diluar ketika kilat menyambar. Jika ada kilat di sekeliling, dapatkan perlindungan dengan segera.
  • Kilat boleh menyebabkan kematian. Pengiraan ini boleh membantu kita menjauhi bahaya, tetapi hanya jika kita ambil  tindakan apabila kilat berhampiran
  • Ribut boleh bergerak dengan sangat pantas, dan kilat kerap menyerang sehingga 10 batu dari ribut (sekali-sekala sehingga 50 batu). Oleh itu, walaupun kita menentukan bahawa kilat yang agak jauh, kita perlu juga mencari perlindungan.
  • Disebabkan perjalanan bunyi dan pelbagai objek, seperti gunung dan bangunan, berinteraksi dengan soundwave ini bukan cara yang paling boleh dipercayai untuk meramalkan jarak kilat. Jangan biarkan hidup kita hanya bergantung kepadanya. Dengar kepada pihak berkuasa cuaca tempatan.


       Kebiasaanya kilat berlaku sekali dengan hujan. Musim tengkujuh pun belum tiba lagi. Jadi sebagai langkah persediaan (sebenarnya terlalu awal kan) kita boleh lah try guna cara nak kira jarak kilat. betul x. tapi kita perlu ingat, jangan mengharapkan juga pada pengiraan ni. Langkah-langkah keselamatan perlu diambil juga. k la, dah lewat malam dah ni.. nak tido dulu. dah ngantok. kita jumpa lagi di lain masa. k bye.. Assalamualaikum

Saturday, 30 June 2012

~ ECG VS CHOCKING ADULT ~

Tik,Tok,Tik,Tok.. Kedengaran bunyi jam dinding di bilik 304 di Hospital Universiti Kebangsaan Malaya, Kuala Lumpur.. Aku melihat ke arah bunyi tersebut dan jam menunjukkan jam 4 pagi.. Dengan keadaan yang malas ditemani kesejukan malam, aku menggagahkan juga kakiku untuk ke bilik air untuk melepaskan segala hajat dan mengambil wudhu' bagi menyegarkan tubuh badanku. Inilah rutin harianku di sini sambil menemani sahabatku Johan yang sedang koma akibat tragedi kemalangan jalan raya yang berlaku sejak 5 hari yang lepas.. Sambil langkah longlaiku menuju ke bilik air, aku melihat wajah Johan yang tidur sentiasa tersenyum.. Seusai aku keluar dari bilik air tiba-tiba aku terdengar seseorang terbatuk-batuk.. 

Uhurgh..uhurghz..uhurgh,, somebody help me! help me! Heeellllpppppp ME! Uhurgh,Uhurgh,Uhurgh...

     Aku melihat siapkah orangnya dan aku dapati orang yang terbatuk itu adalah Pakcik yang duduk bertentangan dengan Johan, Pak Cik Halim.. Dalam masa yang sama mesin electrocardiogram(ECG) di sebelah katil Johan berbunyi.. Tit,tit,tit,tit,tit,triiiiiiiiiiiit.. *compensatory pause* Aku segera menekan butang hijau yang berada di sebelah katil Johan untuk membuat isyarat kecemasan kepada para nurse yang bertugas pada pagi itu sambil menjerit Nurse,Doktor, Nurse, Doktor, Nuuuurse... tolong,tolong,tolong ,tolong kawan saya Johan.. Nurse, Doktor... tolonglah.. Dengan segera nurse dan doktor sampai sambil membawa defibrillating electroshock.. Aku lihat doktor itu meletakkan dua electrode yang lebar ke dada Johan dan diantara jantungnya. Aku terus meninggalkan Johan kepada Doktor dan aku bergegas ke Pak cik Halim untuk membantunya yang terbatuk-batuk..

electrocardiogram 
(apa yang korang nampak sehingga min 1:53)

     Pak cik Halim masih lagi terbatuk-batuk sambil memegang tekaknya.. Aku bertanya kat Pak Halim "Pak cik ok x? Pak cik ok x? dan Pak Halim dapat memberikan respons, masih lagi boleh bercakap, menangis, bernafas kadang-kadang bising, sukar, atau tercungap-cungap, masih lagi ada udara yang boleh masuk dalam mulutnya, batuk, atau membuat bunyi :berkokok", sangat gelisah atau cemas dan kulitnya berwarna pucat atau warna biru. Ini menunjukkan bahawa Pak Halim masih lagi dapat bernafas dan ini merupakan tanda bahawa ada sesuatu yang separuh tersangkut pada tekaknya dan aku perlu menunggu sehingga dia dapat mengeluarkannya..

     Suasana itu berlaku selama 2 minit.. Tiba-tiba keadaan Pak Halim berubah.. Kedua-dua tangannya masih lagi memegang tekaknya, Pak halim juga tidak mampu untuk bercakap, tidak boleh bernafas dengan berkesa tanpa ada kesukaran, tidak ada pergerakan udara, tidak boleh batuk lagi secara berkesan macam tadi, bernafas bising, perubahan wrna kulit, bibir dan kukunya menjadi biru dan akhirnya hampir tidak dapat sedarkan diri.. Aku bertanya sekali lagi kepada Pak Halim adakah dia ok tetapi tiada maklum balas. Aku segera bertindak untuk memberikan pertolongan cemas kepada Pak halim kerana ini menunjukkan bahawa dia dalam keadaan yang kritikal..

     Aku membongkokkan badan Pak halim untuk memberikan 5 "back blow" (pukulan di belakang menggunakan tumit tangan). Dengan menggunakan tumit tangan kananku aku membaca Bismillahirrahmanirrahim dan memberikan 5 pukulan secara paksa berasingan di antara tulang belikatnya. Pukulan ini dilakukan secara berasingan untuk mengeluarkan objek setiap kali pukulan dan lihat sama ada objek itu berjaya dikeluarkan ataupun tidak..

     Setelah 5 kali pukulan(back blow) dilakukan, benda yang tersangkut itu masih lagi tidak dapat dikeluarkan. Aku terpaksa menggunakan satu cara lagi iaitu Abdominal Thrust @ Manuver Heimlich untuk mengeluarkannya. Cara ini diajarkan semasa aku berada di sekolah menengah lagi. Aku pergi ke belakangnya dan aku memeluknya sambil tangan kananku menunjukkan penumbuk dan meletakkannya berhampiran abdomennya dengan bahagian ibu jriku betul-betul berada diantara atas pusat dan bawah dada. Tangan kiriku pula menggenggam tangan kananku. Kemudian aku memberikan 5 Manuver Heimlich (abdominal Thrust) ke dalam dan keatas secara berasingan antara satu sama lain (tidak secara serentak). Aku terus lakukannya sehingga benda itu keluar. Setiap thrust yang aku buat, aku check untuk memastikan benda asing itu terkeluar. Sekiranya Pak Halim pengsan aku terpaksa memberhentikannya, dan andaikata tidak juga keluar aku kene lakukan 5 back blow & 5 thrust sehingga dapat dikeluarkan. Setelah objek itu dapat dikeluarkan, aku kene periksa pernafasan Pak Halim. Kebiasaannya setelah objek berjaya dikeluarkan, pernafasan seseorang itu akan kembali normal dan jika pernafasannya tidak normal kena buat cardiopulmonary resuscitation(CPR). *beza sekali bagi membantu chocking adult n chocking baby<klik sini kalau nak tahu bayi punya>


Abdominal Thrust/ Manuver Heimlich


chocking adult- back blow @ abdominal thrust



     Dalam masa yang sama aku kembali terdengar mesin electrocardiogram(ECG) berbunyi kembali..

Trit, trit, trit, trit, trit...

     Aku segera berlari ke arah Doktor Imran dan Johan. Aku merasakan suatu keajaiban yang berlaku dihadapan mataku sendiri. Selama ini aku hanya melihatnya di kaca-kaca televisyen sahaja. Kemudian aku mendapatkan Doktor Imran untuk menanyakan dengan lebih lanjut bagaimana dia malakukannya. Mula-mula Doktor Imran agak keberatan untuk memberitahu tetapi setelah didesak dan menerangkan bahawa aku merupakan salah seorang pelajar Perubatan di Universiti Al-Azhar, Mesir, doktor pun beralah dan memulakan ceritanya. Antara penyakit yang boleh menyebabkan jantung berhenti mengepam darah ke seluruh badan adalah Ventricular Fibrillation yang menyebabkan polarization dan kadar pengepaman darah melebihi keadaan yang normal(75 beat/min) iaitu 350-500 beat/min. Kita memerlukan defibrillating electroshock untuk depolarization balik jantung tersebut. Kemudian tinggikan electric current sehingga 200 joules supaya dapat menghasilkan electroshock. Kemudian letakkan dua electrode itu diantara jantung manusia di bahagian dada. Current sebanyak 200 joules itu pergi ke jantung menyebabkan semua myocardial fibers depolarization serta merta. Kemudian graf pada mesin ECG akan kembali kepada normal sekiranya nyawa manusia dapat diselamatkan. 


Jom tengok kalau nak tahu apa itu
 Ventricular Fibrillation

     Alhamdulillah, aku bersyukur kerana Johan masih lagi bernyawa dan dapat diselamatkan. Aku dapat rasakan bahawa Doktor Imran ketika itu mempunyai sesuatu yang istimewa yang perlu aku belajar daripadanya. Aku ucapkan terima kasih kepada Doktor Imran akan tetapi Doktor Imran menolaknya dan menyuruhku mengucapkan terima kasih dan bersyukur kepada Allah. Dia juga ada mengatakan bahwa yang menyembuhkan adalah dari Allah. Para doktor hanyalah perantaraanya. "Ya Allah, betapa tawadhu'nya Doktor Imran. Dia tidak berasa riak sekalipun walaupun dia merupakan seorang Doktor Pakar Jantung" kataku dalam hati. Doktor Imran juga menasihatiku agar belajar bersungguh-sungguh, jangan ponteng kelas, jangan banyak bunag masa dengan perkara yang tidak berfaedah semasa kamu berada di bumi Anbiya' sana. Gunakan peluang yang kamu ada disana untuk mendapatkan seberapa banyak mungkin ilmu yang boleh digali di sana. Jangan disebabkan kamu tidak belajar sungguh-sungguh dalam bidang Perubatan, kamu tidak mampu untuk merawat pesakit yang memerlukan bantuan kamu. Jangan sekali kita hanya mahukan title doktor tetapi tidak mampu untuk merawat jiwa,rohani dan jasmani pesakit. Doktor juga merupakan salah seorang pendakwah yang berkesan untuk merawat pesakit malah mampu untuk merawat jiwa-jiwa pesakit. Kemudian Doktor Imran berlalu pergi.

     Aku terasa terpukul dengan kata-katanya dan kembali semula sedar bahawa Allah jua lah segala-galanya. Aku akan belajar bersungguh-sungguh demi menyelamatkan jiwa,raga,jasmani dan nyawa orang. Aku tidak mahu Title aku sebagai doktor tetapi tidak reti merawat disebabkan kegagalanku untuk belajar bersungguh-sungguh. Aku terus sujud syukur kepada Ilahi kerana telah menyelamatkan sahabatku,berjumpa dengan Doktor Imran yang tawadhu' dan menyedarkanku akan hakikat sebenar kehidupan..

*Nota Tambahan:
Sekiranya anda yang tercekik,ikuti langkah yang berikut
1)Buat genggamnan. Letakkannya di atas abdomen anda betul-betul di atas pusat anda.
2) Pegang genggaman itu dengan tangan anda yang lagi satu
3) Merapatkan kerusi,meja, kaunter, atau benda pejal yang lain
4) Memandu penumbuk ke dalam dan ke atas seperti yang dinyatakan di atas
5) Ulangi sehingga objek dikeluarkan



Heimlich Manuver untuk diri sendiri

Sekiranya wanita yang mengandung:
1)Meletakkan tangan anda lebih tinggi daripada diatas. Kedudukan yang betul adalah meletakkan tangan ke tulang dada atas joint tulang rusuk yang paling rendah
2) Tekan dengan kuat ke dada dengan pantas seperti yang diceritakan di atas.
Nak Lihat video <klik sini>


Bayi Anda Tercekik!! Jangan Panik




Assalamualaikum W.B.T..


    Sape kat sini ada adik kecik yang umo dia bawah 1 tahun..  kalau umo bawah 1 tahun(12 bulan) tu dikira bayi la..haa mesti ada kan.. x de pun mungkin ada sedara mara yang umo bawah 1 tahun lagi, anak buah ke, jiran ke.. kalau x de juga, jangan risau 1 hari nanti kahwin juga kan..nanti mesti dapat anak kan.. haa tu kiranya nanti ada la tu.. tok seh sedih2 eh.. nanti dapat anak juga..hehehe.. ha yang dah kawen tu, jangan sengih sorang2, korg mesti ada pengalaman kan ada bayi bawah 1 tahun.. mestilah timang anak tu betul2 bak kata pepatah melayu "bagai menatang minyak yang penuh"..ke guano..

     Pernah x lihat bayi tercekik apa2 sahaja? kalau pernah apa yang akan dilakukan? yang x pernah tu, kene amik cakna eh takut2 kalau bayi tu tercekik apa2.. kat sini cuma nak bagi tahu la macam mana nak buat First Aid untuk bayi kesayangan anda yang tercekik!! layanzz..

     Bayi menganggap mereka boleh makan apa2 sahaja, sama ada ia sesuai untuk dimakan atau tidak. Jika anda mengesyaki bahawa bayi anda tercekik, JANGAN PANIK dan ikut langkah2 di bawah ini. Jika lebih 1 tahun, lihat cara untuk membantu orang dewasa dan kanak-kanak yang tercekik..

     Sekarang kita lihat pula apakah langkah2 yang patut kita lakukan apabila bayi tercekik~
     Baca betul2 ye, nanti kat bawah ada kuiz..(tanda tercekik,langkah sebelum CPR & periksa bayi sama ada sedar @ tidak)

PERTAMA ~ Andaikata batuk berlaku.. Jika seorang bayi atau kanak-kanak itu batuk, jangan ganggu dan biarkan dia batuk sehingga objek itu terkeluar.. jika dia boleh batuk bermakna dia boleh mendapat udara..

*tanda umum jika tercekik adalah tangan menggenggam ke tekak(throat),

DUA ~ Jika x memberi sebarang isyarat cari tanda-tanda tercekik dan beri perhatian kepada mereka, walaupun jika anda tidak menyaksikan bayi anda menggenggam tangannya ke tekak atau meletakkan tangan ke mulut.. tanda-tanda itu adalah:

  1. Tidak bercakap atau bersuara
  2. Tidak boleh bernafas tanpa kesukaran
  3. Bernafas bising
  4. Tidak boleh batuk tanpa kesukaran
  5. Perubahan warna kulit : bibir dan kuku menjadi biru
  6. Tidak sedarkan diri- jika bayi tidak bertindak balas terhadap mana-mana ransangan( seperti flicking the feet dengan hujung jari anda), panggil emergency service dengan segera (jika ada orang lain yang boleh tolong panggilkan. itulah yang lebih baik).

    TIGA ~ Memberi rawatan yang diperlukan. Ambil perhatian bahawa teknik yang berbeza antara bayi dan kanak-kanak yang lebih tua. Bagi kanak-kanak lebih 1 tahun, ikuti langkah-langkah dalam Bagaimana untuk Bantu Mangsa Tercekik.(klik sini) Jika kanak-kanak berusia kurang daripada satu tahun, terus ke langkah seterusnya. Jika anda seorang sahaja yang ada di situ, jangan buang masa memanggil "emergency service", teruskan serta merta pertolongan cemas(lihat tips)


    Langkah 4
    EMPAT Baca Bismillah dan letakkan bayi dalam keadaan posisi baring. baca Bismillah dan cengkam kaki bayi dengan satu tangan dan luncurkan tangan anda yang lain sepanjang belakang badan bayi, sehingga tangan anda sampai ke bahagian bawah kepala. Baca Bismillah dan cedok bayi supaya bahagian belakangnya berada pada lengan(forearm) dan kepalanya berada pada tangan(arm) anda.

    Langkah 5
    LIMA ~Baca Bismillah dan pegang rahang bayi dengan tangan bertentangan anda. JANGAN TUTUP MUKA BAYI!!












    Langkah 6
    ENAM ~Baca Bismillah dan pusingkan bayi supaya bahagian hadapan berada pada tangan
    yang bertentangan(tangan yang pegang rahang). Pastikan kepala dan leher
    bayi betul-betul disokong. letakkan lengan anda di sepanjang peha anda bagi menstabilkan lengan dan bayi. kepala bayi harus berada jauh daripada anda, dan lebih rendah daripada badannya.






    Langkah 7
    TUJUH ~ Arahan untuk buat back blow(kalau orang dewasa abdominal thrust/manuver Heimlich)-Baca Bismillah dan gunakan tumit tangan anda untuk memberi 5 pukulan belakang sederhana kuat di antara tulang belikat. Jangan lupa untuk memastikan kepala lebih rendah daripada badan.










    LAPAN ~ Baca Bismillah dan pusing kembali bayi tersebut. Baca Bismillah dan pegang belakang kepala dengan tangan anda yang digunakan untuk memberi pukulan belakang dan menterbalikkan bayi ke lengan kanan anda, sekali lagi pastikan kepala dan leher bayi disokong dan kepala lebih rendah daripada badan sepanjang masa. Sandarkan lengan anda pada peha anda.


    Langkah 9
    SEMBILAN ~ Lihat jika halangan telah terkeluar atau tidak














    Langkah 10
    SEPULUH ~ Gunakan tekanan dada(chest compression). Baca Bismillah dan letakkan 2 jari di tengah-tengah tulang dada, kira-kira satu jari lebar di bawah garis puting. berikan 5 tekanan.











    SEBELAS ~ check sekali lagi untuk melihat sama ada objek itu dikeluarkan. Jika tidak, cuba pukulan belakang dan tekanan dada lagi. Jika anda tidak boleh mengusir objek, telefon emergency service (perkhidmatan kecemasan) atau mendapatkan kanak-kanak itu ke bilik kecemasan dengan segera.

    DUA BELAS ~ mulakan CPR bayi jika bayi itu tidak bermula bernafas seperti biasa lagi


    TIPS
    1. Mulakan segala perbuatan anda dengan membaca Bismillahirrahmanirrahim.. Ingat dan yakin yang menyembuhkannya adalah Allah S.W.T..
    2. Tidak putus-putus berdoa kepada Allah agar bayi anda sentiasa berada dalam keadaan selamat.. 
    3. Back Slap tidak digalakkan untuk mana-mana mangsa tercekik, walaupun arahan ini masih kadang-kadang diajar untuk digunakan pada bayi. Amalan ini mungkin menyebabkan kerosakan yang lebih banyak dengan memaksa objek itu jauh ke dalam tekak.
    Soalan Kuiz..

    1. Yang manakah antara berikut yang merupakan tanda bahawa seseorang itu tercekik dan memerlukan manuver Heimlich?
         A) Meminta bantuan secara lisan
         B) Memegang tekak dengan kedua-dua belah tangan
         C) Meminta Air
         D) Batuk
         Jawapan :

    2. Manakah di bawah yang BUKAN langkah yang patut anda ambil sebelum memulakan CPR?
         A) Pastikan saluran udara terbuka
         B) check sama ada bernafas atau tidak
         C)Memohon kebenaran
         D) Panggil EMS serta merta jika anda bersendirian
        Jawapan :

    3. Bagaimana anda memeriksa jika bayi itu sedar atau tidak?
         A) Bercakap kuat kepada bayi dan melihat jika ada tindak balas
         B) Jentik jari anda pada tapak kaki bayi
         C) Gosok jari bayi
         D) Goncangkan kaki bayi anda secara perlahan
         Jawapan :
    *Semua jawapan boleh didapati dalam teks di atas dan dalam video di bawah..boleh tinggalkan jawapan anda dlm komen dibawah..  

    Agak2 kalau x paham tu meh  kita tgk video pulak tuk bagi paham..layanz......
    terima kasih kerana sudi membacanya.. Sekian



    Bayi tercekik


    Baby CPR


    Kanak-kanak yang tercekik


    Orang Dewasa Yang Tercekik 


    Perempuan Mengandung Yang tercekik

    AKHLAK RASULULLAH SAW




    BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....

    Sebelum kita baca tentang akhlak-akhlak RASULULLAH S.A.W, kita tanya dulu dalam hati kita siapakah idola hidup kita? siapakah manusia akhlaknya yang paling baik untuk kita ikuti..sudah pasti dan semestinya ramai diantara kita yang menjawab RASULULLAH S.A.W.. sebelum itu juga marilah kita berselawat kepada Nabi Muhammad S.A.W dan kepada keluarga dan para-para sahabat agar kita mendapat syafaat dan pertolongan daripada Rasulullah S.A.W di akhirat kelak...

    ALLAHUMMA SOLLI 'ALA SAYYIDANA MUHAMMAD WA 'ALA ALIHI WASOHBIHI WABARIK WASALLIM..

    Mari kita sama-sama membaca sedikit kisah mengenai akhlak Rasulullah.
    "Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya.       
    Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
    Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.

    Sayidatina ‘Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang."

    Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’)
    ‘Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah."
    Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

    Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia."
    "Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s.a.w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"

    Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya."
    Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

    Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain.
    Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"
    "Tidak, ya Umar. Alhamdulillah. Aku sihat dan segar."
    "Ya Rasulullah… mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit…" desak Umar penuh cemas.
    Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya.
    Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.
    "Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?"
    Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nati, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?"
    "Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."

    Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor. Hanya diam dan bersabar bila kain rida’nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

    Mengenang peribadi yang amat halus ini, timbul persoalan dalam diri kita… adakah lagi bayangan peribadi baginda Rasulullah s.a.w. hari ini? Apa yang kedengaran sehari-hari sepertimana yang didedahkan oleh media massa, hanyalah cerita-cerita derita akibat sikap mereka-mereka yang tidak berperanan di tempatnya. Amat sukar hendak mencari seorang manusia yang sanggup mengorbankan kepentingan diri untuk orang lain semata-mata kerana takutkan ALLAH, sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah.

    Apakah rahsia yang menjadikan jiwa dan akhlak baginda begitu indah? Apakah yang menjadi rahsia kehalusan akhlaknya hingga sangat memikat dan menjadikan mereka yang hampir dengannya begitu tinggi kecintaan padanya. Apakah anak kunci kehebatan peribadi baginda yang bukan saja sangat bahagia kehidupannya walaupun di dalam kesusahan dan penderitaan, bahkan mampu pula membahagiakan orang lain tatkala di dalam derita. Nur Muhammad itu, yang ALLAH ciptakan semua makhluk yang lain kerananya, mempunyai kekuatan dalaman paling unggul. Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan.

    Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan. Ketika pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"
    Jawab baginda dengan lunak, "Ya ‘Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."

    lantaran selepas membaca akhlak rasulullah..apakah perasaan kawan-kawan selepas ini.. Adakah sanggup  untuk berlapar dahaga jika tiada makanan??? saya tinggalakan soalan ini untu kawan-kawan menjawabnya sendiri..fikirkan...

    Abdurrahman bin ‘Auf radhiallahu ‘anh Saudagar Yang Berniaga Dengan Allah


                                    BISMIILAHIRRAHMANIRRAHIM...         
                        Apakah kisah yang hendak kita kongsikan pada kali ini kawan-kawan.. Kisah pada kali ini adalah cerita yang mengisahkan seorang peniaga/saudagar yang kaya-raya dan membantu islam yang hidup sezaman dengan Rasulullah S.A.W.. Kawan-kawan pasti kenal dengan  Abdurrahman bin ‘Auf radhiallahu ‘anh kan.. Jadi apakah kisah yang menarik yang nak kita baca sebentar sahaja lagi??? Mari kita baca....
              Saidina Abdurrahman bin ‘Auf ra termasuk dalam kelompok delapan orang yang mula-mula memeluk Islam; termasuk dalam kelompok sepuluh yang diberi khabar gembira oleh Rasulullah SAW masuk syurga; termasuk enam orang sahabat yang bermusyawarah (sebagai formatur) dalam pemilihan khalifah sesudah ‘Umar bin Khattab al-Faruq; dan seorang mufti yang dipercayai Rasulullah berfatwa di Madinah selagi beliau masih hidup di tengah-tengah masyarakat kaum muslimin. 

              Namanya pada masa jahiliyah ialah ‘Abd ‘Amr. Setelah masuk Islam, Rasulullah memanggilnya Abdurrahman. Itulah beliau Abdurrahman bin ‘Auf radhiyallahu ‘anhu. Abdurrahman bin ‘Auf masuk Islam sebelum Rasulullah masuk ke rumah Al-Arqam, yaitu dua hari sesudah Abu Bakar Shiddiq masuk Islam.

              Sama halnya dengan kelompok kaum muslimin yang pertama-tama masuk Islam, Abdurrahman pun tidak luput dari penyiksaan dan tekanan kaum kafir Quraisy. Tetapi beliau sabar dan tetap sabar. Pendiriannya teguh dan senantiasa teguh. Beliau menghindar dari kekejaman kaum kafir Quraisy, tetapi selalu setia dan patuh membenarkan risalah Muhammad SAW. Kemudian beliau turut berhijrah ke Habsyah bersama-sama kawan se-iman untuk menyelamatkan diri dan agama dari tekanan kaum kafir Quraisy yang senantiasa menzalimi mereka.

            Tatkala Rasulullah SAW dan para sahabat beliau diizinkan Allah berhijrah ke Madinah, Abdurrahman menjadi pelopor orang-orang yang berhijrah karena dan untuk Allah dan Rasul-Nya. Dalam perantauan, Rasulullah mempersaudarakan orang-orang Muhajirin dan orang-orang Anshar. Maka Abdurrahman bin Auf dipersaudarakan beliau dengan Sa’ad ibnu Rabi’ al Anshari ra.
    Pada suatu hari Sa’ad berkata kepada saudaranya, Wahai saudaraku Abdurrahman! Aku termasuk orang kaya di antara penduduk Madinah. Hartaku banyak. Saya mempunyai dua bidang kebun yang luas dan dua orang pembantu. Pilihlah olehmu salah satu di antara kedua kebunku itu, ku berikan kepadamu mana yang kamu sukai. Begitu pula salah seorang di antara kedua orang pembantuku, akan ku serahkan mana yang kamu senangi, kemudian aku kawinkan engkau dengan beliau.
    Jawab Abdurrahman bin ‘Auf, Semoga Allah melimpahkan berkah-Nya kepada saudara, kepada keluarga saudara, dan kepada harta saudara. Saya hanya akan minta tolong kepada saudara untuk menunjukkan di mana letaknya pasar Madinah ini.
    Sa’ad menunjukkan pasar tempat berjual beli kepada Abdurrahman. Maka mulailah Abdurrahman berniaga di sana. Belum berapa lama beliau berdagang, terkumpullah wang sekadar cukup untuk mahar kahwin. Beliau datang kepada Rasulullah memakai harum-haruman. Beliau menyambut kedatangan Abdurrahman seraya berkata,
    Wah. Alangkah wanginya kamu, hai Abdurrahman.
    Kata Abdurrahman, Saya hendak bernikah, ya Rasulullah.
    Tanya Rasulullah, Apakah mahar yang kamu berikan kepada istrimu?
    Jawab Abdurrahman, Emas seberat biji kurma.
    Sabda Rasulullah, Adakan kenduri, walau hanya dengan menyembelih seekor kambing. Semoga Allah memberkati pernikahan dan harta kamu.
    Kata Abdurrahman, Sejak itu dunia datang menghadap kepadaku (hidupku makmur dan bahagia). Hingga seandainya aku angkat sebuah batu, maka di bawahnya kudapati emas dan perak.
               Dalam Perang Badar Abdurrahman turut berjihad fisabilillah, dan beliau berhasil menewaskan musuh-musuh Allah, antaranya ialah ‘Umair bin Uthman bin Ka’ab at-Taimy. Dalam perang Uhud beliau tetap teguh bertahan di samping Rasulullah, ketika tentara muslimin banyak yang meninggalkan barisan hadapan. Ketika selesai perang, dan kaum muslimin keluar sebagai pemenang, Abdurrahman mendapat hadiah sembilan luka parah menganga di tubuhnya, dan dua puluh luka-luka kecil. Walaupun luka kecil, namun di antaranya ada yang sedalam anak jari. Sungguh pun begitu, perjuangan dan pengorbanan Abdurrahman di medan tempur jauh lebih kecil bila dibandingkan dengan perjuangan dan pengorbanannya dengan harta benda. 
              Pada suatu hari Rasulullah SAW berpidato membangkitkan semangat jihad dan pengorbanan kaum muslimin. Beliau berdiri di tengah-tengah para sahabat. Kata beliau antara lain, Bershadaqahlah tuan-tuan! Saya hendak mengirim suatu pasukan ke medan perang.
              Mendengar ucapan Rasulullah tersebut, Abdurrahman bergegas pulang ke rumahnya dan cepat kembali ke hadapan Rasulullah di tengah-tengah kaum muslimin. Katanya, Ya, Rasulullah! Saya mempunyai wang empat ribu. Dua ribu saya pinjamkan kepada Allah, dan dua ribu saya tinggalkan untuk keluarga saya. Lalu wang yang dibawanya dari rumah diserahkannya kepada Rasulullah dua ribu.
              Sabda Rasulullah, Semoga Allah melimpahkan berkat-Nya kepadamu, terhadap harta yang kamu berikan, dan semoga Allah memberkati pula harta yang kamu tinggalkan untuk keluargamu.
              Ketika Rasulullah bersiap untuk menghadapi Perang Tabuk beliau membutuhkan jumlah dana dan tentara yang tidak sedikit, karena jumlah tentara musuh, yaitu tentara Rum sangat banyak. Di samping itu di Madinah tengah mengalami musim panas. Perjalanan ke Tabuk sangat jauh dan sulit. Dana yang tersedia hanya sedikit. Begitu pula hewan kendaraan tidak mencukupi.
              Banyak di antara kaum muslimin yang kecewa sedih karena ditolak Rasulullah menjadi tentera yang akan turut berperang. Sebab kenderaan untuk mereka tidak mencukupi. Mereka yang ditolak itu pulang kembali dengan air mata bercucuran kesedihan, karena mereka tidak mempunyai apa-apa untuk disumbangkannya. Mereka yang tidak diterima itu terkenal dengan nama Al-Bakkaain (orang yang menangis). Dan pasukan yang berangkat terkenal dengan sebutan  Jaisyul ‘Usrah (pasukan susah).
              Karena itu Rasulullah memerintahkan kaum muslimin mengorbankan harta benda mereka untuk berjihad fisabilillah. Dengan patuh dan setia kaum muslimin memperkenankan seruan Nabi yang mulia. Abdurrahman turut mempelopori dengan menyerahkan dua ratus uqiyah emas. Maka kata ‘Umar bin Khattab berbisik kepada Rasulullah, Agaknya Abdurrahman berdosa, tidak meninggali wang belanja sedikit juga untuk isterinya.
              Rasulullah bertanya kepada Abdurrahman, Adakah engkau tinggalkan untuk wang belanja isterimu?
              Jawab Abdurrahman, Ada! Mereka saya tinggali lebih banyak dan lebih baik daripada yang saya sumbangkan.
             Tanya Rasulullah, Berapa?
              Jawab Abdurrahman, Sebanyak rezeki, kebaikan, dan upah yang dijanjikan Allah.
              Pasukan muslimin berangkat ke Tabuk. Allah memuliakan Abdurrahman dengan kemuliaan yang belum pernah diperoleh kaum muslimin seorang jua pun, yaitu ketika waktu shalat sudah masuk. Rasulullah terlambat hadir. Maka Abdurrahman menjadi imam shalat berjamaah bagi kaum muslimin waktu itu. Setelah hampir selesai rakaat pertama, Rasulullah tiba, lalu beliau shalat di belakang Abdurrahman dan mengikuti sebagai makmum. Apakah lagi yang lebih mulia dan utama dari menjadi Imam bagi pemimpin umat dan pemimpin para Nabi, yaitu Muhammad Rasulullah SAW.
              Setelah Rasulullah SAW wafat, Abdurrahman bin ‘Auf bertugas menjaga kesejahteraan dan keselamatan Ummahatul Mu’min (para istri Rasulullah). Beliau bertanggungjawab memenuhi segala kebutuhan mereka dan mengadakan pengawalan bagi ibu-ibu yang mulia itu bila bepergian. Apabila para ibu tersebut pergi haji, Abdurrahman turut pula bersama-sama mereka. Beliau yang menaikkan dan menurunkan para ibu itu ke atas haudaj (penutup) khusus mereka. Itulah salah satu bidang khusus yang ditangani Abdurrahman. Beliau pantas bangga dan bahagia dengan tugas dan kepercayaan yang dilimpahkan para ibu orang-orang mukmin kepadanya.
              Salah satu bukti yang dibaktikan Abdurrahman kepada ibu-ibu yang mulia, ia pernah membeli sebidang tanah berharga empat ribu dinar. Lalu tanah itu dibagi-bagikannya kepada fakir miskin Bani Zuhrah, dan kepada para ibu-ibu orang mukmin, isteri Rasulullah. Ketika jatah Saidatina Aisyah ra disampaikan orang kepadanya, ibu yang mulia itu bertanya, Siapa menghadiahkan tanah itu buat saya?
              �Abdurrahman bin ‘Auf, jawab orang itu.
             Kata Ibu ‘Aisyah ra, Rasulullah SAW pernah bersabda; Tidak ada orang yang kasihan pada kalian sepeninggalku, kecuali orang-orang yang sabar.
              Begitulah doa Rasulullah bagi Abdurrahman selalu melindunginya sepanjang hidupnya, sehingga Abdurrahman menjadi orang terkaya di antara para sahabat. Perniagaannya selalu meningkat dan berkembang. Kafilah dagangnya terus menerus hilir mudik dari dan ke Madinah mengangkut gandum, tepung, minyak, pakaian, barang pecah belah, wangi-wangian dan segala kebutuhan penduduk.
              Pada suatu hari iring-iringan kafilah dagang Abdurrahman, terdiri dari tujuh ratus unta bermuatan sarat tiba di Madinah. Semuanya membawa pangan, sandang dan barang-barang lain kebutuhan penduduk. Ketika mereka masuk kota, bumi seolah-olah bergetar. Terdengar suara gemuruh dan hiruk pikuk. Sehingga ibu ‘Aisyah bertanya, Suara apa yang hiruk pikuk itu?
              Dijawab orang, Kafilah Abdurrahman dengan iring-iringan tujuh ratus ekor unta bermuatan sarat membawa pangan dan sandang serta lain-lainnya.
              Kata Ibu ‘Aisyah ra, Semoga Allah melimpahkan berkat-Nya bagi Abdurrahman dengan baktinya di dunia, serta pahala yang besar di akhirat. Saya mendengar Rasulullah bersabda, Abdurrahman bin Auf masuk syurga dengan merangkak (karena syurga sudah dekat sekali kepadanya).
              Sebelum menghentikan iring-iringan unta, seseorang pembawa berita mengatakan kepada Abdurrahman berita gembira yang disampaikan Ibu ‘Aisyah, bahwa Abdurrahman masuk syurga. Serentak mendengar berita itu, bagaikan terbang beliau pergi menemui Saidatina ‘Aisyah. Katanya, Wahai Ibu, apakah Ibu mendengar sendiri ucapan itu diucapkan Rasulullah? 
              Jawab Ibu ‘Aisyah, Ya, saya mendengar sendiri! Abdurrahman melonjak kegirangan. Katanya, Seandainya aku sanggup, aku akan memasukinya sambil berjalan. Sudilah Ibu menyaksikan, kafilah ini dengan seluruh kenderaan dan muatannya kuserahkan untuk jihad fisabilillah.
              Sejak berita yang membahagiakan, bahwa Abdurrahman pasti masuk syurga, maka semangatnya semakin memuncak mengorbankan kekayaannya di jalan Allah. Hartanya dinafkahkan dengan kedua belah tangan, baik secara sembunyi-sembunyi atau terang-terangan, sehingga mencapai 40.000 dirham perak. Kemudian menyusul pula 40.000 dinar emas. Sesudah itu beliau bersedekah lagi 200 uqiyah emas. Lalu diserahkannya pula 500 ekor kuda kepada para pejuang yang lain.
             Tatkala beliau hampir meninggal dunia, dimerdekakannya sejumlah besar budak yang dimilikinya. Kemudian diwasiatkan supaya memberi 400 dinar emas kepada para pejuang Badar. Mereka berjumlah seratus orang, dan semua mengambil bagiannya masing-masing. Beliau berwasiat pula supaya memberikan hartanya yang paling mulia untuk para ibu-ibu orang mukmin, sehingga Ibu ‘Aisyah sering mendoakan, Semoga Allah memberinya minum dengan minuman dari telaga Salsabil.
              Di samping itu beliau meninggalkan warisan pula untuk ahli warisnya sejumlah harta. Beliau meninggalkan kira-kira 1.000 ekor unta, 100 ekor kuda, 300 ekor kambing. Beliau beristri empat orang. Masing-masing mendapat pembagian khusus 80.000. Di samping itu masih ada peninggalannya berupa emas dan perak, yang kalau dibagi-bagikan kepada ahli warisnya dengan mengampak, maka potongan-potongannya cukup menjadikan seorang ahli warisnya menjadi kaya-raya.
              Walaupun begitu kaya-rayanya, namun harta kekayaannya itu seluruhnya tidak mempengaruhi jiwanya yang penuh iman dan taqwa. Apabila beliau berada di tengah-tengah budak-budaknya, orang tidak dapat membedakan di antara mereka, mana yang majikan dan mana budak.
             Berbahagialah Abdurrahman bin ‘Auf dengan ribuan karunia dan kebahagiaan yang diberikan Allah kepadanya. Rasulullah SAW yang ucapannya selalu terbukti benar, telah memberinya khabar gembira dengan syurga Jannatun Na’im.
             Telah turut menghantar jenazahnya ke tempat terakhir di dunia, antara lain sahabat mulia Sa’ad bin Abi Waqqas. Shalat jenazah turut dihadiri pula antara lain, Dzun Nurain ‘Uthman bin ‘Affan. Kata sambutan saat pemakaman, Amirul Mukminin ‘Ali bin Abi Thalib Karamallahu Wajhah.
              Dalam kata sambutannya antara lain ‘Ali berkata: Anda telah mendapatkan kasih sayang Allah, dan Anda telah berhasil menundukkan kepalsuan dunia.
              Subhannallah, demikian mulia perilaku dan keimanan para sahabat Rasulullah SAW.
    WAllahu a’lam bisshawab.

    Bahtera Nabi Nuh A.S – The Great Noah Ark

    Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatu..

             
           Rukun iman yg ke-3 ialah beriman kepada Rasul.. kali ini kita tidak akan memceritakan semua kisah-kisah para Anbiya..tetapi kita akan mengetahui serba sedikit bahtera nabi Nuh selepas banjir besar..
    Kita sering dengar kisah mengenai nabi Nuh A.S yang dikaitkan dengan banjir besar dan hanya orang-orang yang beriman dan sepasang haiwan bagi setiap jenis haiwan sahaja yang terselamat daripada banjir besar tersebut..tetapi adakah kita tahu dimanakah bahtera besar nabi Nuh A.S selepas banjir besar itu.. Ruangan pada kali ini, akan memaparkan kepada kita semua di manakah bahtera besar itu dan kenapa kita jarang-jarang sekali mengetahuinya...




    Di sebuah gunung yg sentiasa diselimuti salji yg terletak di Timur Turkey, tersembunyi sebuah misteri ‘berharga’ yang berusia lebih 5000 tahun Peninggalan sejarah yg maha berharga itu bukan saja menarik minat para pengkaji sejarah malah pihak perisik US seperti CIA/KGB pun cuba menyelongkar. pihak2 CIA telah menggunakan satelite dan pesawat ‘Stealth’ utk mengambil gambar objek yg terdampar di puncak gunung itu. 

              Gambar2 itu telah menjadi ‘rahsia besar’ dan disimpan rapi dgn kawalan yg ketat bersama dgn ‘rahsia2′ penting yg lain di Pentagon. Sudah beratus2 org cuba mendaki Gunung Aghi-Dahl yg bermaksud ‘Gunung Kesengsaraan’atau dgn nama petanya iaitu Mount Ararat, namun hanya beberapa2 kerat saja yg berjaya.Yang sebahagian besarnya selebihnya hanyalah menjadi korban. 

              Sehingga ke hari ini, cuma ada beberapa orang pendaki shj yg berjaya sampai ke puncak Mt.Ararat dan dapat menyaksikan dgn mata kepala sendiri kesan artifak peninggalan purba yg ‘mahaberharga’ itu.Ada sesetengah pendaki dapat mengambil gambar. 

             Soalnya sekarang, mengapakah ‘kuasa2 besar’ mahu merahsiakan gambar peninggalan lama itu dan menyimpannya di tempat2 rahsia tentera ?. Mengapa mereka tak mau mengesahkan bahawa peninggalan ‘Noah’ benar2 ada di puncak Mt .Ararat itu ? Pada masa yg sama mereka juga menafikan bahawa itu sebenarnya adalah The Great Noah Ark ! Pyramid Sphinx di Giza sendiri pun telah tertimbus dalam pasir selama lebih kurang 2000 tahun sebelum dijumpai,kerana selama itu orang menafikannya.

              Samalah The Great Noah Ark tu pun.Ia tertimbus di bawah salji selama hampir 5000 tahun dan selama 5000 thn itu jugalah misteri itu sedang menunggu masa utk dibongkar.

             Sebenarnya, zaman Nabi Noah AS dulu tidaklah seprimitif yg kita semua bayangkan. Hakikatnya pada zaman itu mereka semua dah maju ke depan. Pengetahuan Sains mereka dah maju pada masa itu. Di kaki Mount Ararat itu sahaja pun, Para Pengkaji dan Scientist Russia telah menemui lebih kurang 500 kesan artifak bateri elektrik purba yg digunakan utk menyadurkan logam.

              Mengikut kiraan ahli anstronomi secara berkomputer. Nabi Noah AS mula membina bahteranya pada tahun 2465 B.C dan hujan mula turun pada tahun 2345 B.C 

              Rupa bentuk The Great Noah Ark itu sebenarnya tidak sama dengan bentuk kapal laut yang ada didunia sekarang. Mengikut para pendaki yg pernah melihat “Noah Ark” di puncak Mt.Ararat itu, Noah Ark memang sebuah bahtera besar yg cukup hebat. “Noah Ark” itu diperbuat drp spesis kayu purba yg memang sudah tidak ujud lagi di dunia ini. Ia diselaputi syelek, bebentuk ‘kotak kasut’, tidak cantik, tapi sangat berfungsi.
      
              Ia telah dibina seluas 300 cubit X 50 cubit X 30 cubit. Untuk pengetahuan anda cubit itu adalah satu kiraan jarak panjang diantara siku dgn jari yg digunakan oleh orang2 zaman dahulu. Bersamaan 18 inchi bagi 1 cubit, bermakna panjang “Noah Ark” ini adalah lebih kurang 450 kaki,75 kaki lebar,45 kaki tinggi. 

              Ada juga Para Pengkaji berpendapat,”Noah Ark” berukuran satu dan satu setengah padang bola. Bumbung bahtera itu pula adalah seluas 20 padang bola keranjang. Keluasan dalamannya cukup utk memuatkan 170 gerabak ketapi. Ia memerlukan sebanyak 9000 hingga 13000 batang balak utk membinanya. Dan dianggarkan seberat 4,100 tan. 

              Hari ini terdapat lebih kurang 1,072,000 haiwan dari pelbagai spesis di dunia ini.Mengikut kajian Dr.Whitcomb, dianggarkan kira2 3,700 binatang mamalia, 8600 jenis itik/burung, 6300 jenis reptilia,2500 jenis amfibia yg menaiki The Great Noah Ark itu.Berat kargo/muatan bahtera itu mungkin lebih kurang 24,300 tan. 

    Di sebalik fakta saintifik, anda perlu ingat:
               Perumpamaan Ahlul Baytku ibarat Bahtera Nuh. Sesiapa yang ikut berlayar bersamanya dia akan selamat, dan sesiapa yang enggan dan terlambat, dia akan tenggelam. (Ibnu Hajar, Zawaid Musnad al-Bazzar, hlm.277;Al-Tabrani, al-Mu’jam al-Kabir, Juzuk I, hlm.168)

    The Great Noah Ark ini berada di Mt.Ararat, dimanakah agaknya ia dibina dan berapa jauhkah ianya telah belayar ?

              Mengikut seorang pengkaji ‘Noah Ark’ ini, bahtera itu telah dibina disebuah tempat bernama Shuruppak, iaitu sebuah bandar yg terletak di selatan Iraq. Jika ia dibina di selatan Iraq dan akhirnya terdampar di Utara Turkey ini bermakna ianya telah ditolak arus sejauh 520 batu. Mount Ararat Mt.Ararat ini bukan sebarang gunung. Ia adalah sebuah gunung yg unik. Antara salah satu keunikan yg terdapat pada gunung ini ialah, pada setiap hari akan muncul pelangi pada sebelah utara puncak gunung itu.

              Mt.Ararat ini ialah salah satu gunung yg mempunyai kemuncak yg luas di muka bumi ini. Ia adalah gunung yg tertinggi sekali di Turkey. Gunung ini tegak sendirian dgn kemuncak dipanggil Ararat Besar dgn ketinggian 16,984 kaki.Bersententangan dgn sebuah lagi kemuncak gunung yg dipanggil Ararat Kecil setinggi 12,806 kaki menegak naik dari Bayazit Orang yg menaiki gunung ini akan dapat melihat 3 negara iaitu “Russia,Iran,Turkey”. 

              Kedudukan Mt.Ararat yg sememangnya strategik itu telah membuatkan ia menjadi rebutan banyak negara pada suatu masa dahulu. Kalau kita tengok
    CNN hari nih pun masih ada lagi perebutan sempadan antara tentera Turkey vs Puak2 Guerilla Qurdish yg mahukan kemerdekaan dari kr’jaan Turkey

              Keluasan dasar [bawah] Mt.Ararat itu kira2 25 batu garis pusat.Garispusat kemuncaknya pula 17 hingga 22 batu persegi ditutupi air batu setebal kira2 200 kaki. Ketulan2 air batu sentiasa jatuh dan tersilap langkah akan terjatuh jatuh ke dalam jurang Ahora.
              Sebuah ‘anchor’ purba yg besar telah ditemui di Khairouan, Tunissia. Menurut pengkaji, sauh itulah yg digunakan oleh ‘Noah Ark’ semasa berlabuh di puncak Mt.Ararat. Sebuah ‘batu nisan’ yg didakwa kepunyaan nabi Noah AS telah dijumpai di Mt.Lebanon di Syria. Batu nisan itu berukuran 120 kaki panjang.  

             Pada tahun 1917,Maharaja Russia Tsar Nicholas II telah menghantar sejumlah 150 org pakar pelbagai bidang yg terdiri dari jurutera, saintis dan tentera untuk mencari dan menyelidik The Great Noah Ark tersebut. 
    Pasukan ekspedisi itu mengambil masa selama satu bulan utk sampai ke puncak Mt.Ararat itu.Segala penat lelah mereka berhasil kerana akhirnya berjaya menemui ‘Noah Ark’ tersebut. 

              Dalam keadaan tergaman,kagum mereka mengambil gambar sebanyak yg mampu. Pasukan Saintis Russia itu cuba mengukur size ‘Noah Ark’ dan didapati ‘Noah Ark’ itu berukuran 500 kaki panjang,83 kaki lebar dan 50 kaki tinggi [bahagian selebihnya tenggelam didalam salji] 

              Hasil dari siasatan itu telah dihantar pulang kepada Tsar, malangnya belum pun sempat laporan siasatan itu sampai ke tangan baginda,  Perang Bolshevik Komunist (1917) meletus. Laporan itu akhirnya jatuh ke tangan General Leon Trotsky. Sehingga sekarang masih lagi belum diketahui samada segala ‘laporan siasatan’ itu masih disimpan atau dimusnahkan. 

              Begitulah uniknya Bahtera Nabi Nuh A.S yang diciptakan oleh Nabi Nuh A.S sendiri yang diilhamkan oleh Allah S.W.T..

    Cara-cara nak mengandung cepat dengan berkat surah AsSafat


    Assalamualaikum,


    Bagi anda yang telah sampai tahap climax tetapi masih tidak berjaya, saya mempunyai satu lagi tips iaitu :-
    Amalkan membaca atau mendengar bacaan surah AS Saffat setiap hari.Berkat Surah As Saffat ini insyaallah
    dapat membantu untuk mengusir Jin yang bernama"Merikh" dari rahim wanita. Jin species ini tinggalnya di rahim wanita dan kerjanya menggoncang rahim ketika sperma lelaki ingin menghampiri ovum wanita.
    Saya pernah memberi tips ini pada seorang kawan yang telah bertahun-tahun kahwin tetapi tidak mendapat
    anak, Namun setelah 2 bulan mengamalkan mendengar kaset bacaan ayat ini, beliau akhirnya telah mendapat anak pada tahun lalu.Cubalah amalkannya dan banyakkan berdoa pada Allah S.W.T. Wallahualam



    Fertilization

    Anda Mungkin juga berminat dengan yang ini

    get this widget here